Dua gempa bumi, masing-masing melebihi 5 skala magnitud dilapor menggegar Pulau Sumatera, Indonesia pagi tadi.
Menurut BERNAMA Radio, gempa yang berlaku kira-kira 9.11 pagi ketika umat Islam di sana menyambut Hari Aidiladha itu berpusat pada 222 kilometer tenggara wilayah Enggano-Bengkulu.
Akhbar tempatan, OKE News menyebut bahawa tiada amara tsunami dikeluarkan berhubung kejadian berkenaan.
Sehingga kini, tiada maklumat lanjut mengenai sebarang kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa.
Sumber: BERNAMA Radio, OKE News