Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi 7.1 Magnitud Gegar Sulawesi Utara

gempa bumi

Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 Magnitud telah menggegarkan Melonguane, Kepulauan Talaud di Sulawesi Utara.

Menurut Antara News, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan gempa bumi itu berada pada kedalaman 17 kilometer dan 52 kilometer dari tenggara Melonguane.

“Maklumat ini mengutamakan kelajuan, jadi keputusan pemprosesan data masih belum stabil dan mungkin berubah,” kata BMKG.

BACA JUGA: Gempa Besar Diramal Landa Tokyo, Dianggar Ragut 18,000 Nyawa

Gegaran turut dirasai di Tobelo, Kepulauan Sitaro, Ternate, Minahasa Utara, Bitung dan Morotai.

Gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami. Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan.

Sehingga laporan ini diterbitkan, tiada maklumat mengenai kesan kerosakan atau kemalangan jiwa.

Sumber: Antara News