Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 direkodkan berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada jam 5.32 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur dengan kedalaman 118 kilometer.

Pusat gempa dikesan kira-kira 34 kilometer Barat Daya dari Tongod, Sabah dan 223 kilometer Barat Laut dari Tarakan, Indonesia.
Baca juga:
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia.

