Siakap Keli
Gambar: Twitter Raja Permaisuri Agong

”Semoga Kasih Kami Berkekalan Dunia Akhirat”, Tweet ”Sweet”, Netizen Sama-Sama Aminkan Doa Permaisuri

Umum sudah mengetahui, bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj aktif di media sosial melalui platform Twitter.

Baginda seringkali memuat naik tweet yang santai dan mendapat perhatian dalam kalangan warga maya yang menganggap Baginda sebagai mudah didekati dan mesra dengan rakyat.

Terbaru, tweet Baginda sekali lagi berjaya menarik perhatian warga maya.

Tweet berkenaan turut dimuat naik bersama beberapa keping gambar Baginda dengan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditinggalkan Baginda yang paling mencuri perhatian.

”Semoga kaseh kami berkekalan dari dunia hingga akhirat. In sha Allah.” Rata-rata netizen terharu dengan doa Baginda dang pada masa yang sama menganggap Baginda merupakan seorang wanita yang romantik ataupun ‘sweet’.

Alaa sweet sangat ni tuanku. Bersemut fone. sampai bila-bila tak boleh move on ni,” kata pemilik akaun @ZuliaaMohamed.

My fav King Queen  @cheminahsayang. Ya Allah, semgoa mereka sentiasa dilimpahi rahmat-Mu, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat untuk mereka Ya Allah,” doa @NorSyaz_Wani pula.

”Maa syaa Allah moga berkekalan sehingga ke syurga, insyaAllah. Aamiin,” komen @m_berpenghuni.

Rata-rata pengikut akaun Baginda yang lain turut tersentuh dengan ucapan tersebut dan sama-sama mengaminkan doa Baginda.

Sumber: Twitter Raja Permaisuri Agong

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.