Siakap Keli

Neelofa, Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf, Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

Jutaan jemaah Haji telah melaksanakan ibadat wukuf beberapa hari lalu Di Gunung Arafah sebagai salah satu ritual kemuncak ibadat haji.

Pada saat itu, jemaah haji di seluruh dunia berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt dan berdoa seluruh hati memohon doa mereka dikabulkan.

Neelofa, selebriti dan ikon terkenal Malaysia antara jemaah yang sedang melaksanakan jemaah haji tahun ini dan tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman melaksanakan ibadah wukuf melalui akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Instagram story yang dimuat naik, video menunjukkan perubahan cuaca daripada panas kepada keadaan sekeliling yang berangin kuat serta mulai terdengar bunyi kilat dengan langit yang mendung.

Pada video kedua yang dikongsi Neelofa kedengaran rintihan sebak dan tangisan para jemaah berdekatannya yang mungkin terharu dengan kehadiran cuaca sejuk serta hujun yang turun secara tiba-tiba.

Ketika saat itu, menyaksikan rata-rata jemaah bersyukur menadah tangan dan berdoa sepuasnya walaupun pakaian mereka dibasahi hujan.

Kami disini mendoakan kesejahteraan para jemaah haji di sana, semoga sentiasa sihat dalam melaksanakan ibadah haji dan kembali pulang dengan selamat, InsyaAllah.

Nur Farra