Siakap Keli
Gambar Hiasan

Terkini: Sah Mayat Nora Anne – Ketua Polis Negeri Sembilan

SEREMBAN, 13 Ogos (Bernama) — Mayat wanita berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin, 15, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort di sini, 4 Ogos lepas.

Pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar di sini, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop

Beliau berkata proses bedah siasat mayat itu akan dijalankan 10 pagi esok di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

“Bedah siasat mayat Nora Anne akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur,“ katanya pada sidang akhbar di HTJ malam ini.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)