Siakap Keli

Patutlah Kucing Aktif Dalam Gelap, Ini Rupanya Pandangan Daripada Sisi Mata Kucing

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering dijadikan pilihan oleh orang ramai malah ada yang menganggap haiwan tersebut seperti keluarga sendiri. Layanan yang baik terhadap kucing sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Bagi yang memelihara kucing, anda sudah pastinya menyedari bahawa kucing mempunyai pelbagai perbezaan sekiranya dibandingkan dengan manusia.

Gambar: TribunJambi.com

Antaranya ialah penglihatan kucing yang sangat berbeza dengan penglihatan seorang manusia biasa. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh retina iaitu lapisan pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors. Sel ini menukarkan sinaran cahaya menjadi isyarat elektrik dan kemudiannya diproses kepada sel saraf sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan.

Penglihatan Warna

Bagi seekor kucing, mereka tidak dapat melihat kepada keseluruhan spektrum tetapi masih boleh melihat bagi beberapa jenis warna. Pada dasarnya, kucing mempunyai penglihatan seperti manusia yang mempunyai masalah buta warna. Seekor kucing biasa hanya boleh melihat warna biru dan hijau sahaja ketika kehidupannya.

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan manusia yang buta warna kerana mungkin tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Gambar: Popsci.com

Penglihatan Malam

Kita sering melihat kucing dapat bergerak dengan pantas di dalam persekitaran yang gelap. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada pada mata kucing untuk memudahkan haiwan ini untuk berburu mangsanya. Kucing dapat melihat enam hingga lapan kali lebih baik daripada manusia ketika berada dalam gelap.

Perkara ini disebabkan oleh tapetum lucidum iaitu satu lapisan tisu yang terletak di belakang retina kucing. Tapetum lucidum ini berfungsi untuk mencerminkan cahaya dan meningkatkan cahaya yang tersedia untuk sel-sel photoreceptor di retina, yang meningkatkan penglihatan dalam keadaan yang gelap.

Gambar: Popsci.com

Bidang Visual

Kelebihan lain yang terdapat pada mata kucing ialah dapat mengesan pergerakan walaupun ianya hanya pergerakan kecil yang boleh membantu mereka semasa memburu. Kucing mempunyai visi binokular yang membuatkan mereka dapat melihat tiga dimensi iaitu berupaya untuk melihat kedalaman dan menentukan jarak objek.

Walau bagaimanapun, penglihatan 3D kucing adalah tidak begitu halus seperti manusia kerana mempunyai visi periferal kucing yang lebih besar daripada manusia. Seekor kucing mampu untuk melihat pandangan yang lebih luas berbanding manusia dan ianya membantu kucing untuk mengesan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Gambar: Popsci.com

Jarak Penglihatan

Kucing mempunyai penglihatan yang baik bagi jarak yang dekat. Perkara ini kerana kucing hanya boleh melihat sejauh beberapa ratus meter sahaja dan akan kelihatan kabur bagi pemandangan yang lebih jauh. Selain itu, penglihatan kucing juga agak lemah untuk melihat visual di bawah hidungnya yang menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk mengesan sesuatu yang berada berdekatan dengan tubuh mereka.

Gambar: Popsci.com

Sumber: Consciouscat.net, Popsci.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra