Siakap Keli

Apa Akan Jadi Kalau Tiada Serangga Di Bumi? Ini Jawapan Yang Tak Pernah Terlintas Dalam Fikiran Korang

Semua orang impikan untuk hidup dengan tenang tanpa kehadiran serangga seperti semut, lipas dan pepijat yang ada di dalam rumah anda. Mungkin juga, bagi orang yang mengendalikan tanaman secara besar akan berasa lega jika serangga perosak hilang dari hasil pertaniannya tetapi pernah atau tidak, anda terfikir apa yang akan terjadi jika semua serangga di dalam dunia ini lenyap?

Untuk pengetahuan anda, jumlah serangga di dunia lebih banyak daripada jumlah manusia yang menetap di atas muka bumi ini. Bahkan mereka menjadi salah satu rantaian makanan utama dan penting untuk kehidupan seperti reptilia, burung kecil dan haiwan yang memakan serangga.

Sejauh mana kefahaman anda tentang serangga? 

Serangga terdiri daripada haiwan ivertebrata yang badannya terbahagi sebanyak tiga bahagian iaitu kepala, thoraks dan abdomen. Selain itu, serangga juga mempunyai sepasang antena dan tiga pasang kaki dan kebanyakannya menggunakan sayap untuk terbang.

Untuk pengetahuan anda, kita sering menyalah anggap haiwan kecil itu sebagai serangga seperti labah-labah. Hal ini kerana, labah-labah mempunyai dua bahagian tubuh sahaja. Begitu juga dengan lipan dan seangkatan dengannya kerana mempunyai banyak kaki.

Seperti serangga yang menjadi mimpi ngeri untuk semua iaitu lipas, berpontensi untuk membawa lebih dari ratusan ribu bakteria yang berbeza. Bahkan rupa bentuknya yang agak menakutkan juga membuatkan kita takut pada kebanyakan serangga yang menghampiri kita.

Anda jangan tertipu, 90 peratus serangga di dunia ini tidak berbahaya tetapi memberi manfaat kepada planet bumi ini.

Pernah tak anda terbayang jika serangga ini lenyap di muka bumi ini?

Kalau kita faham dengan rantaian makanan, jika serangga pupus maka haiwan yang bergantung dengan serangga sebagai makanan utama juga akan pupus. Mungkin akan berbeza dengan gaya makanan selepas memakan serangga.

Seterusnya, tumbuhan di bumi ini berkembang melalui proses pendebungaan dan serangga yang paling berkesan. Bahkan, peranan burung, kelawar dan angin yang sedia maklum itu tidak boleh dinafikan. Namun, serangga juga penting untuk debunga yang kecil.

Selain itu, pernah tak anda beli sayur di pasar dan ada serangga? Mereka ini selalaunya menjadi penanda aras kesuburan tanaman tersebut. Jika tiada serangga dalam dunia ini, buah-buahan dan sayur-sayuran tiada lagi dalam menu harian anda.

Kita mungkin akan mati secara perlahan-lahan walaupun kita seorang penggemar sayur-sayuran dan daging, pastinya kita memerlukan antara satu sama lain.

Sumber: Iluminasi, Sciences Stuff

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)