Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: PhiliphineBeach/One News PH)

Tular Video Pelancong Biar Anak Berak Tepi Pantai, Pulau Boracay Terpaksa Ditutup Untuk Pembersihan

Sebahagian daripada Pantai Boracay, Filipina dilaporkan terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas penularan satu rakaman video yang memaparkan pelancong yang dikatakan telah mencemari pantai tersebut.

Menurut rakaman video berkenaan, seorang pelancong wanita didakwa membiarkan anaknya membuang air besar di kawasan pantai itu manakala seorang lagi pelancong lain dilihat menanam seluar dalam kanak-kanak tersebut di dalam pasir pantai.

Ketua Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat memberitahu bahawa kawasan seluas 100 meter itu akan ditutup dari sebarang aktiviti untuk tempoh selama 48 hingga 72 jam.

Foto: One News PH

Penutupan itu terpaksa dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Kawasan pantai itu juga dikatakan sedang digali bagi mencari seluar dalam yang didakwa di tanam di sekitar kawasan berkenaan.

Puyat juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang informasi berkaitan kejadian untuk tampil membantu.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” kata beliau kepada sumber.

Ini bukanlah kali pertama pantai peranginan itu ditutup. Pada tahun lepas, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pantai itu ditutup sepenuhnya selamat enam bulan bagi membolehkan proses pembersihan secara menyeluruh dijalankan.

Sumber: Straits Times, BBC

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.