Siakap Keli

Gemparkan Negara 16 Tahun Lalu, Kisah Tragis Wanita Dirogol, Dibunuh Dan Mayat Dibakar Dalam Longkang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar nama Izzat Ikhwan yang merupakan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia.

Beliau sememangnya terkenal sebagai individu yang gemar berkongsi kisah yang berlaku dalam mahkamah sebagai pengajaran kepada masyarat. Dan terbaru, beliau kembali mengimbau ceritera yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dahulu.

Menurut Ikhwan, penceritaannya adalah berdasarkan fail mahkamah dan fakta fakta ini mungkin tidak diceritakan oleh media.

Siapa sangka sebuah majlis makan malam bersama ahli keluarga terdekat yang dipenuhi kegembiraan dan gelak ketawa akhirnya menjadi sebuah kes jenayah kejam tidak berperikemanusian?

Siapa sangka seorang wanita yang mempunyai masa depan cerah, maut di tangan orang tak dikenali?

Ini adalah kisah yang berlaku 16 tahun dahulu. Kes ini cukup menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Ia telah mendapat liputan luas media dalam dan luar negara. Jenayah yang dilakukan telah membawa suspek utama ke tali gantung.

Malam 13 Jun 2003, tiga beranak bersama teman-temannya telah pergi ke sebuah restoran di sebuah pusat beli-belah untuk menikmati makan malam bagi meraikan sebuah ‘farewell’. Makan malam yang berlangsung selama hampir 2 jam itu berakhir sekitar pukul 10.30 pm.

Si mati, iaitu mangsa di dalam kes ini telah pergi seorang diri ke tempat parkir di tingkat bawah bangunan itu untuk mengambil tiket keretanya dan membuat bayaran. Namun, 20 minit berlalu tapi mangsa tidak muncul kembali kepada adik dan ibunya.

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa ketika di kawasan parkir kereta

Ibu mangsa telah berkali kali membuat panggilan ke telefon bimbit masa namun tiada jawapan. Kerana curiga, ibu dan adik mangsa telah turun ke tempat parkir tersebut untuk mencari mangsa. Namun bukan sahaja mangsa tiada di situ, kereta mereka juga tidak kelihatan.

Di tempat lain, seorang anggota polis sedang menjalankan rutin biasa membuat rondaan apabila beliau terlibat sebuah kereta diparkir di tepi jalan.

Polis tersebut telah mendekati kereta itu dan membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki Melayu dan seorang wanita Cina didalamnya.

Sebelum saya teruskan, ingin saya bagitahu penceritaan kes ini adalah berdasarkan kertas pertuduhan yang dibaca di dalam Mahkamah Tinggi, bukannya daripada sumber media mahupun sumber lain.

Polis tersebut telah menanyakan nama lelaki Melayu yang berada di tempat pemandu kereta. Setelah melakukan pengecaman identiti, polis tersebut ternampak wanita di tempat penumpang yang ketika itu seolah-olah membuat isyarat meletakkan tangan ke dada seperti sedang berdoa.

Polis itu berasa sangat curiga dan meminta lelaki tersebut untuk keluar daripada kereta. Namun dia enggan. Tidak semena-mena, lelaki itu terus memecut kereta dan pergi meninggalkan polis tadi.

Berlaku adegan kejar mengejar di antara kenderaan yang dipandu lelaki tadi dengan polis. Polis telah melepaskan dua das tembakan ke tayar kereta namun tersasar. Polis kemudiannya meminta bantuan rakannya. Menurut rakannya itu, kenderaan terbabit adalah kereta yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Sekitar jam 12 malam, seorang wanita dalam perjalanan ke KLIA telah memberhentikan keretanya di tepi jalan di hadapan sebuah bangunan di jalan Sungai Way.

Dia melihat sebuah kereta berada dalam jarak 20 kaki dari keretanya yang turut diparkir di tepi jalan. Lelaki Melayu (suspek) telah keluar daripada kereta dan menghampiri wanita berkenaan.

Suspek meminta untuk meminjam ‘car jack’. wanita itu sempat melihat ke arah kereta dipandu suspek tadi. Dia nampak seorang wanita Cina (mangsa) membuat lambaian meminta tolong dengan wajah ketakutan.

Setelah suspek memandu pergi daripada tempat tadi, wanita itu terus bergegas pergi ke balai polis Subang Jaya untuk membuat laporan tentang kejadian terbabit. Dia yakin bahawa ada sesuatu yang sedang terjadi.

Pada jam 1 pagi, 14 June 2003, seorang lelaki dalam perjalanan ke pejabatnya di Jalan Klang Lama. Dia kemudiannya berhentikan kenderaan dipandu untuk berehat seketika.

Dia turun untuk meninjau kawasan rehat tersebut. Tiba tiba, dia terkejut tatkala melihat seorang wanita terbaring di dalam kereta. Menurut dia, mangsa dilihat tanpa pakaian dan bahagian dadanya terlihat jelas.

Namun ketika itu, suspek yang turut berada di dalam kereta secara tiba tiba memandu pergi dari situ. lelaki tadi tak sempat berbuat apa-apa lalu menuju terus ke pejabatnya semula.

Semasa dia dalam perjalanan pulang dari pejabat, dia sekali lagi melihat kereta tadi di tempat sama. Tapi kali ni tiada sesiapa di dalamnya. Dia juga terlihat sebuah beg silang di tempat duduk belakang. Dia mengambil beg tersebut dan mencuri telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Pada jam 8 malam 14 Jun 2003, Konstabel Zulkifli telah menemui kereta tadi di belakang sebuah lot kedai di Petaling Jaya. Pemeriksaan awal mendapati kereta itu dipenuhi kesan darah dan berbau hanyir di bahagian tempat duduk belakang. Kereta kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan.

17 Jun 2003, satu mayat yang hangus rentung dijumpai dalam satu lubang di jalan Batu 7, Jalan Klang Lama.

Okay, sekarang kita sampai pada laporan postmortem ke atas mayat yang hangus rentung ni. Amaran, mengandungi kisah yang mungkin menakutkan dan fakta fakta yang sedikit menganggu (disturbing).

Ini kisah tragis seorang wanita yang mati dirogol, dibunuh dan mayatnya dibakar di dalam longkang.

Walaupun ini diambil daripada fail kes mahkamah yang dilaporkan, semua fakta adalah bukan sulit dan boleh di kongsi dengan orang awam. Jangan ada pulak datang serang saya kata ni fail sulit.

Ini adalah kisah laporan postmortem sepertimana diceritakan oleh pakar Patalogi, Kasinathan. Beliau telah menjalankan autopsi ke atas mayat rentung yang dijumpai tadi.

Menurut pakar, mayat rentung itu dijumpai dalam keadaan kedua tangannya diikat dengan sehelai kain sebanyak 3 lilitan.

Punca kematian disahkan akibat dijerut atau dicekik dengan paksaan di leher. Pakar juga mengatakan bahawa terdapat kesan cedera parah di abdomen mayat.

Pada 20 Jun 2003, satu serbuan dibuat ke atas rumah suspek dan beberapa bahan bukti seperti baju dan seluar jeans diambil. Pada seluar jeans itu, terdapat kesan darah yang banyak. Satu ujian dilakukan dan mendapati darah itu sepadan dengan DNA mangsa.

Siasatan ke atas kereta yang digunakan juga menjumpai beberapa helai rambut, darah dan cecair dipercayai dari vagina mangsa. Ujian menunjukkan kesemua ini milik mangsa. Sekeping tiket parkir juga turut ditemui.

Polis juga telah meneliti rakaman CCTV di tempat parkir  Di dalam rakaman tersebut, dapat dilihat jelas suspek telah menghampiri mangsa di keretanya dan menolak mangsa secara paksa ke dalam. Suspek juga memandu kereta itu dan merempuh penghadang di pintu keluar parkir.

Semasa disoal jawab dalam mahkamah. Suspek mengaku telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa. Yang jijiknya, suspek juga mendakwa hubungan seks itu dilakukan atas perasaan suka sama suka dan si mangsa merelakannya.

Namun pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan perkara itu. Ini disangkal dengan fakta bahawa suspek telah mengeluarkan sebilah pisau dan membuat ugutan kepada mangsa dan menyuruh mangsa melakukan hubungan seks di bahagian belakang kereta mangsa.

Suspek juga turut mendedahkan bahawa, dia telah membunuh mangsa kerana mangsa telah cuba untuk melawan semasa perbuatan seks tanpa rela itu dilakukan. Menurut suspek, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk membunuh mangsa.

Perbuatan rogol itu telah dilakukan di bawah sebuah jejantas yang dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Klang Lama pada jam sekitar 1 hingga 5 pagi. Menurut kertas pendakwaan, terdapat kesan tikaman sebanyak dua kali pada tubuh mangsa.

Suspek juga telah membuat pengakuan bahawa dia telah menggunakan dua buah tayar berisi konkrit untuk menutup lubang tempat mayat dilenyekkan di dalam lubang itu. Namun ketika ini, mayat mangsa masih belum dibakar.

Sumber: Ikhwan 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)