Siakap Keli

“Kak Kejap Ye Saya Nak Pergi Solat”, Peniaga Tinggalkan Kedai Tanpa Dijaga Sentuh Hati Pelanggan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap kebaikan yang berlaku di sekeliling kita sudah pastinya dapat memberi kesan terhadap kehidupan kita pada masa akan datang. Selain itu, kebaikan yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan juga akan membuatkan rezeki melimpah ruah.

Situasi berkenaan sangat sesuai dipadankan dengan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook ini yang menceritakan tentang kebaikan seorang lelaki yang berniaga makanan di Kuala Lumpur.

ALLAH NAK TUNJUK KAT KITA NI…

Lately ni punya lah mengidam sangat nak makan makanan yong tau fu. Maka saya pun google cari port mana ada makan yong tau fu sedap di kl ni. Akhirnya jumpa lah kedai ni, ‘Bijan Cafe Kampung Baru KL’.

Terus cik abg bawak pi sini. Alhamdulillah sedap sangat makan kat sini. Sepanjang makan kat sini, saya suka lihat keadaan sekeliling dan gelagat tuan kedai. Waktu kami sampai sini tak ramai customer yang ada.

Situasi pertama

Ada sebuah kereta ni parking sebelah kedainya.

Lalu dia pun cakap kat kawan dia. ‘Orang ni nak pi mana?’

Kawan dia pun jawab, ‘Ha pelanggan kau lah tu nak mai makan yong tau fu’

Dia pun jawab ‘Bukan kot, dia pi kedai lain rasanya. Kalau Allah kata rezeki kita, dia mai lah kedai kita’. Jawabnya bersangka baik.

Moral of the story: Orang baik begini akan bersangka baik pada Allah dan rezekinya. Tidak dia terlalu berharap orang tu masuk ke kedainya, takut beri harapan tinggi pada manusia untuk mai masuk makan kat sini. Dan Alhamdulillah memang pelanggan tu mai masuk ke kedai ni makan kat sini.

Situasi kedua

Disebabkan kempunan lagi terbayang nak makan yong tau fu, maka saya pujuk cik abg untuk mai kedai ni lagi. Alhamdulillah cik abg bawak lagi ke sini.

Sesudah saya sampai ke sini. Saya terus lah pi amek makanan untuk saya pilih.

Tiba-tiba

Datang seorang lelaki bangladesh ni mai masuk. Dia pun tanya. ‘Kat sini ada nasi?’

Tuan kedai pun jawab. ‘Maaf sini takda nasi, sini ada yong tau fu saja’

Orang tu mundar mandir macam ada sesuatu nak cakap lagi

Lelaki bangladesh tu datang lebih dekat lagi. ‘Abg, saya mau makan boleh ka?’

Tuan kedai jawab, ‘eh boleh-boleh, pilih nak makan yang mana’

Lelaki tu menjawab. ‘Tapi saya takda duit mau makan. Boleh ka saya makan sini?’

Tuan kedai pun dengan lembutnya menjawab, ‘boleh, abg mau makan apa? Mau sup ka, mau pedas ka?’

Allahu tersentuh saya saat tu. Selalu jumpa tuan kedai yang akan halau orang begini keluar dari kedai, jarang-jarang jumpa boleh jawab dengan lembut dan terus amek makanan orang tu. Siap di offer lagi nak minum apa? Dia amekkan. Orang ni bukan orang kita pun tapi tuan kedai belanja juga dia makan. Tanpa banyak soal walau tengok tubuh badan orang tu sihat dan boleh bekerja.

Situasi ketiga

Azan isyak pun berkumandang. Lalu saya mula perasan tuan kedai takda di tempatnya. Sekali toleh dia dah letak signboard kecik ‘SOLAT’ di mejanya.

Datang dua pelanggan baru nak mai makan sini, waktu ni tuan kedai dah naik atas motor nak pi solat kat masjid.

Kalau korang lah kan. Korang akan pi layan pelanggan tu atau korang terus kan niat korang pi masjid? Ada tak perasaan ‘eh hilang lah pelanggan ni nanti tunggu aku lama?’

Tuan kedai dengan lembutnya cakap kat pelanggan tu. ‘Kak kejap ye saya nak pi solat jap, kejap lagi saya mai balik’

Allahu Tuhan nak tunjuk.

Tuan kedai boleh tinggalkan kedainya tanpa ada orang jaga

Tuhan jaga tempat rezekinya dan PELANGGANNYA. Pelanggan tu tunggu dengan sabar hingga tuan kedai mai balik ke kedai ni. Tanpa mengeluh cakap tunggu lama.

Allahuakbar waktu beberapa ketika ni saya diuji. Pabila orang yang saya sayang, orang yang saya baik sangat dengan dia kini orang tu semua jauh dan tinggalkan saya. Saya down sangat waktu ni.

Tuhan nak tunjuk, hati mereka Allah yang jaga.

Allah nak tunjuk jangan berhenti buat kebaikan tanpa harapkan balasan. Macam kisah tadi, Tuan kedai tak minta apa-apa pun pada orang bangladesh tu. Tak kenal pun. Tapi dia tolong.

Allah nak tunjuk bahwa yakin rezeki dari Allah taala. Tinggalkan kerja kita dan pi tunaikan solat di awal waktu. Allah jaga rezeki kita.

Terima kasih Ya Allah. Aku belajar sesuatu di depan mata aku. Syukur cik abg selalu support di saat-saat ni. 

Moga bermanfaat

Sekadar berkongsi. Kalau korang lalu kat area sini meh la singgah sini. Sedap yong tau fu dia dan yang bestnya harga dia murahhh. Saya amek banyak macam dalam gambar tu pun baru rm11. Ni kalau kat tempat lain mau cecah rm16-18. 

#bukanpaidreview
#syafieqahalya
#allahnaktunjuk

Ekoran perkongsian tersebut, rata-rata warganet juga tersentuh dengan kebaikan yang dipamerkan oleh peniaga tersebut dan ada juga yang menyatakan keinginan untuk berkunjung ke kedai itu. Di samping itu, tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan dan rezekinya bertambah pada masa akan datang.

“Nak pergi makan sebab suka akhlak dan peribadinya”

“Moga Allah permudahkan segala urusan tuan kedai dan dimurahkan rezekinya selalu”

Sumber: Syafieqah A’lya

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra