Siakap Keli
Gambar Hiasan

Didakwa Dirasuk Lepas Tonton Filem Makmum, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semenjak Makmum The Movie sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat di Malaysia sejak hari permulaan ditayangkan dipanggung tempatan dan ramai yang beri reaksi mengenai filem daripada negara jiran iaitu Indonesia.

Malah ada yang mendakwa ‘diganggu’ selepas menonton filem tersebut. Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sukar untuk mempercayai dengan kisah mistik ini. Ada yang menganggap ianya kurafat.

Tular sebuah video di Twitter di mana seorang lelaki mendakwa dirinya dirasuk ketika pulang menonton wayang filem berkenaan bersama-sama dengan rakannya. Mereka berbual-bual tentang cerita yang ditonton tetapi malangnya salah seorang daripada rakan mereka tiba-tiba dirasuk dan terus muntah.

Lelaki berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai kisahnya itu. Katanya sejak dari kecil dia boleh meraasa dan sering dirasuk serta histeria.

Ini bukan marketing untuk filem Makmum atau melawak

Perkara ini bermula semasa salah seorang rakannya mula menyanyi lagu tradisional bertajuk Ulek Mayang yang didakwa seakan menyeru. Dia sangat fobia dengan lagu berkenaan kerana ada sebuah kisah di mana dia di kacau di salah sebuah tempat menimba ilmu.

 

Ramai yang tanya kenapa kena merakam semua yang terjadi? Ini jawapan lelaki ini.

Sebenarnya aku nak hantar dekat Whatsapp Group untuk seronok je, taksangka jadi benda lain. Lepas layan cerita ni okey semua.

Mula kawan nyanyi aku dah tak rasa sedap hati tapi masih dalam kawalan bila diaorang mention kalimah Allah jadi panas.

”Tapi aku cuma nak bagitahu ini bukan pertama kali ianya terjadi. Sama seperti yang berlaku di tempat menimba ilmu dulu”

Dalam video tersebut ada menunjukkan lelaki ini meminta rakan-rakannya untuk berdiam kerana dia telah merakan sesuatu tetapi malangnya rakan yang lain tidak dapat tangkap. Tetapi sekaranh semuanya ok.

Aku menari macam wanita dalam klip ni dan perkara yang sama jadi malam yang aku kena

Sepanjang aku hidup banyak kali jugak aku kena histeria tapi benda yang tak boleh lupa bila kenalan sendiri hantar santau banyak terjadi, tapi Allah tu maha besar dia sentiasa tolong hambanya.

Jadi, jangan salahkan filem Makmum. Terkadang dengan kata-kata dan gurauan itu penyebab sesuatu yang terjadi. Ingat pada diri jangan terlalu ‘seronok’ dalam sesuatu perkara.

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)