Siakap Keli

”I’m A Fool, I’m Sorry”, Kontroversi ”Body Shaming”, Mark Adam Pohon Kemaafan Dari Sherry Alhadad

Setelah dikecam peminat akibat terlepas cakap ketika siaran langsung Big Stage minggu pertama semalam, Mark Adam memuat naik kenyataan meminta maaf kepada rakan artis, Sherry Alhadad dan semua pihak yang terkilan dengan kenyataannya itu.

Dalam video tersebut, Mark berkata, dia hanya mahu bergurau namun tersilap cakap sehingga menimbulkan kecaman orang ramai terhadap kenyataan yang dikeluarkan terhadap Sherry.

“Assalamua’laikum semua, saya nak minta maaf pada semua atas apa yang berlaku semalam di Big Stage. Saya ni kalau bergurau, macam saya di rumah dengan rakan-rakan artis, kawan-kawan dan sahabat.

“Tapi semalam saya salah. Saya tersilap cakap. Sebenarnya ada ayat tu ada sambungan lagi tapi saya tak sempat sambung.

“Niat saya bukan untuk menghina Sherry atau Alif dan pihak-pihak di luar sana yang terasa. Apa yang saya lakukan semalam adalah tidak profesional. Saya akan pastikan ia tidak berulang lagi.

“Saya minta maaf semua, saya sangat menyesal,” katanya dalam video tersebut.

Semalam, ketika sedang memberi komen terhadap persembahan salah seorang peserta program berkenaan, Mark berseloroh dan berkata kepada peserta tersebut,

“Peluang ini sangat besar. Hosnya pun besar,” katanya sambil menunjukkan ke arah Sherry.

Berikutan itu, Sherry sendiri meninggalkan komen pada video berkenaan dan meminta orang ramai supaya memaafkan Mark.

Sementara itu, ramai yang memuji tindakan Mark yang mampu mengaku dan meminta maaf atas kesilapannya.

https://www.instagram.com/p/B1VidUYlwxn/?fbclid=IwAR04UhwzESFMS2qBbKzPndQ6yq5LVdTbWQFnxbBrppB4V1lKOFKikDkTLxc

Sumber: Mark Adam

Amira

Love yourself.