Siakap Keli
Gambar: Utusan Group

Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja, Akhbar Tertua Tanah Air, Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

Kuala Lumpur, 19 Ogos – Lebih 100 pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat tersebut yang didakwa gagal membayar gaji mereka selama sekurang-kurangnya dua bulan.

Berdasarkan perbincangan dengan Pengerusi Eksekutif Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir dengan Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Mohd Taufek Abdul Razak, pekerja akan dimaklumkan dengan penutupan Utusan jika tiada jalan penyelesaian pembayaran gaji tertunggak pekerja dalam masa terdekat ini.

“Kami diberitahu kalau tiada jalan penyelesaian, Utusan akan ditutup namun Abd Aziz tidak menyatakan tarikh sebenar tentang perkara itu. Kami mendapat tahu akan ditutup pada Rabu hanya dengar cakap daripada rakan sejawatan.

“Saya juga tidak mendapat perkembangan mengenai mesyuarat Lembaga Pengarah Utusan pada petang tadi, kami cuma dimaklumkan satu taklimat bersama Pengerusi Eksekutif (Abd Aziz) akan diadakan pada 4 petang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

“Abd Aziz memberitahu, Utusan memang tidak ada duit bayar gaji untuk yang tertunggak dan pada masa-masa akan datang dan syarikat itu juga gagal melupuskan aset yang ada,” katanya.

Gerakan tabung

Krisis yang melanda syarikat tersebut mendapat perhatian Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Jalaluddin Alias yang mencadangkan agar satu tabung khas diwujudkan parti tersebut bagi membela nasib pekerja Utusan.

“Khabar mengenai krisis kewangan yang melanda Utusan Malaysia merupakan satu berita menyedihkan bukan sahaja kepada pengamal media bahkan masyarakat.

“Saya juga mahu mengajak rakyat turut sama membantu memberikan derma bagi meringankan beban yang ditanggung mereka walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya derma kecil kita dapat membantu mereka,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Beliau juga menuntut jawapan daripada pengurusan tertinggi Utusan terhadap masalah yang melanda syarikat akhbar berkenaan.

Sementara itu, rakan artis turut bersolidariti terhadap nasib lebih 700 warga syarikat berkenaan yang melalui krisis kewangan.

Sumber: Sherry Alhadad

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.