Siakap Keli
Foto: USA Today

Kaya Dengan Pelbagai Sumber, Trump Mengaku Minat, Mahu Beli Greenland Dari Pemiliknya

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengesahkan bahawa kerajaannya berminat untuk ‘membeli’ Greenland dari pemiliknya sekarang, Denmark.

Kepulauan terbesar di dunia itu telah dimiliki oleh Denmark sejak mereka menguasainya pada abad ke-18. Ia dikatakan hanya didiami oleh sekitar 58,000 penduduk yang mana kebanyakan adalah dari masyarakat asli Inuit.

Namun, kerajaan Denmark terpaksa menanggung beban berbilion ringgit setiap tahun dalam menanggung kepulauan seluas dua juta kilometer persegi itu.

Foto: Phys.org

Kepulauan tersebut kaya dengan sumber asli seperti mineral, air dan ais paling bersih, bekalan ikan serta makanan laut yang banyak serta industri pelancongan yang sedang membangun pesat.

Mungkin atas sebab itu jugalah ia menarik minat kerajaan Amerika Syarikat untuk mendapatkannya. Bagaimanapun, Trump memaklumkan bahawa ia bukanlah keutamaan kerajaannya ketika ini.

Dalam pada itu, Menteri Hubungan Luar Negara Denmark memberi gambaran mereka tidak berminat untuk menjual kepulauan Greenland ketika ini.

“Greenland kaya dengan sumber asli seperti makanan laut, mineral dan sebagainya. Kami terbuka untuk bisnes, tapi bukan untuk dijual,” katanya kepada sumber.

Foto: The Guardian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.