Siakap Keli

(Video)Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas menjadi mangsa serangan tiga ekor anjing jenis pit bull ketika mangsa sedang menunggang basikal di kawasan berdekatan rumahnya, di Detroits, Amerika Syarikat.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah dalam kejadian serangan yang berlaku pada petang Isnin lepas.

Menurut bapa mangsa, dia sebelum ini pernah memaklumkan pemilik anjing-anjing tersebut bahawa pagar rumahnya terlalu rendah dan berkemungkinan anjing-anjing tersebut terlepas.

Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemilik anjing berusia 33 tahun yang juga jiran keluarga mangsa sudahpun ditahan untuk siasatan.

”Saya merasa amat kehilangan dan kehilangan kata-kata. Saya sangat kecewa,” kata ayah mangsa kepada media tempatan.

Menurutnya lagi, dia cuba memberi bantuan pernafasan kepada anaknya namun tidak berjaya.

”Saya melakukan segala-galanya namun tak berdaya menyelamatkan anak kesayangan saya,” katanya lagi.

Polis dalam pada itu turut mendedahkan salah seorang saksi sempat menembak mati salah seekor anjing bagi menghentikan serangan. Manakala saksi yang lain memberitahu dia membaling batu untuk tujuan yang sama.

 

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.