Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia dan luar Semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan sebelas kawasan utama yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sabah serta Sarawak.
Kawasan yang dijangkakan terlibat sehingga jam 5.00 petang ini ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar (Kedah), Kerian, larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim (Perak), Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu).

Sementara itu, kawasan lain yang diramalkan terjejas adalah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang (Selangor), Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tambil (Negeri Sembilan), Segamat, Kluang, Mersing serta Kota Tinggi (Johor)
Manakala di Sabah dan Sarawak pula, Mukah, Tawau (Lahad Datu), Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia