Siakap Keli

Sebak, Dibunuh Dan Dirogol Kawan Suami Sendiri Bersaksikan Anak, Ini Kisah Tragis Paling Meruntun Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak kes jenayah yang berlaku dalam negara ini meninggalkan kesan yang dasyat bukan sahaja kepada ahli keluarga mangsa malah masyarakat di sekeliling. Mangsa diperlakukan dengan cara yang tidak tergambarkan akan akal betapa kejamnya manusia.

Seperti salah satu kes yang pernah menggemparkan negara dan meruntun hati ramai ialah mengenai seorang wanita yang dirogol dan dibunuh oleh rakan kepada suaminya sendiri. Malah, kejadian tragis tersebut turut disaksikan oleh anak-anaknya yang berusia 5 dan 7 tahun. Bayangkan kesan trauma kepada anak -anak ini?

Kes tersebut dikongsikan semula oleh seorang Peguam Aminahtul Marrdiah melalui media sosialnya sebagai peringatan kepada pembaca. Semuanya hanya bermula dengan pandangan ‘lain macam’ pelaku kepada isteri rakannya, siapa sangka ianya boleh membawa kepada tragedi berdarah hingga mengorbankan nyawa. Moga dapat menjadi peringatan kepada semua.

Suami balik kerja jumpa isteri terbaring tanpa surat benang atas jalan

Bayangkan suami yang baru balik dari kerja boleh terjumpa isterinya dekat tepi jalan, terbaring atas jalan tar 100 meter dari rumah kelamin diorang, dalam keadaan tanpa seurat benang sekalipun.

Yang pasting, tubuh isterinya hanya di tutup dengan selimut je. Paling sedih, isterinya tadi di rogol sebelum di kelar leher!

Sempat tulis nota angkara siapa

Kejam kan manusia ni? Masa ditemui, mangsa masih hidup dan terus di bawa ke hospital. Mangsa sempat tulis satu “dying declaration” yang menyebut siapa samun, rogol dan kemudian kelar mangsa sebelum mangsa meninggal dunia.

Kawan suami sendiri

Orang yang samun, rogol dan kemudian kelar leher mangsa tu kawan suami dia sendiri. Suami mangsa kenal pelaku ni dah dua tahun. Pelaku dah banyak kali datang rumah dan setiap kali datang rumah, pelaku tu mesti pandang mangsa dengan pandangan “lain macam”.

Masa pelaku kena tangkap, polis jumpe golok, beg tangan, dompet, kesan darah, kain cadar, sarung bantal dan juga seluar dalam warna merah jambu. Yang paling tak boleh terima sekali, bila 200 yang dia curi dari dompet mangsa, dia guna beli bir, 7 botol.

Anak usia 5 dan 7 tahun jadi saksi

Satu-satunya saksi yang nampak kejadian rogol, rompak dan bunuh tu adalah anak mangsa yang umurnya 5 dan 7 tahun. Bayangkan macam mana anak-anak kecik ni nak teruskan hidup lepas tengok mak yang melahirkan mereka kena macam tu.

Dekat rumah mangsa, ada banyak kesan darah. Kesan darah dekat dinding macam terpercik, macam kesan jari tangan mangsa bangun dan berpaut untuk keluar dari bilik. Banyak luka pertahankan diri yang dijumpai dekat badan mangsa.

Di akhir kes prima facie, pelaku di panggil masukkan pembelaan. Masa pelaku beri keterangan dekat kandang saksi, dia cakap dia masuk rumah mangsa ikut pintu dapur masa dia masuk, dia bawa kayu sambil capai golok yang ada kat sink dapur rumah.

Guna golok libas leher mangsa

Lepastu dia masuk bilik mangsa dan nampak mangsa tidur dengan anak- anak saksi mata tadi. Dia pun selongkar bilik mangsa untuk curi duit. Bila mangsa sedar, dia terus libas golok kena leher mangsa.

Lepas pada dia libas mangsa, dia nampak mangsa dah penuh darah. Pelaku tak ada niat pun nak bunuh mangsa. Jadi bila dah libas dia capai duit 200 dari dompet mangsa dan mangsa masih sedar, tapi darah banyak memancut dari leher.

Mangsa kemudiannya dirogol

Dengan darah memancut tu jugaklah si pelaku ni boleh rogol pulak mangsa! Bila dah rogol, pelaku pun blah pergi satu restoran tu untuk minum bir. Just imagine how heartless he is that time.

Kes ini dah selesai proses rayuan di peringkat mahkamah rayuan dan mahkamah rayuan tetap kekalkan keputusan mahkamah tinggu iaitu hukuman 18 tahun penjara dan 12 sebatan bagi kesalahan merogol.

Dijatuhkan hukuman mati

Manakala bagi kes bunuh, pelaku di jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Please hati-hati di mana pun kita berada dan dengan siapa sekalipun.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra