Siakap Keli
Gambar Hiasan

AS Rekod Kematian Pertama, Doktor Dakwa Rokok Elektronik Jadi Punca Pesakit Ini Maut

Seorang pesakit telah meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas yang serius kerana pesakit didakwa oleh doktor seorangpengguna tegar vape dan merupakan kematian pertama di Amerika Syarikat.

Menurut Pegawai Kesihatan Illinois, pesakit yang berpunca daripada vape ini dalam linkungan umur 17 hingga 38 tahun. Pemasalahan paru-paru kini meningkat dan pihak hospital mendakwa akibat daripada ‘vape’.

Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata hampir 200 orang jatuh sakit berkait rapat dengan penggunaan vape.

“Kami sedih mendengar kes kematian yang berkaitan dengan penyakit yang melibatkan paru-paru yang serius akibat perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kematian di Illinois ini dianggap sebagai tragis” kata Pengarah CDC.

“Kami hanya memiliki maklumat yang sedikit tentang vape dan bahayanya bahan-bahan yang digunakan dalam vape ini.”

Selain itu, seseorang penghisap vape akan mengalami gejala batuk, sesak nafas dan keletihan serta beberapa kes cirit-birit dan muntah.

Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Vape Amerika, dia yakin bahawa penyakit yang didakwa daripada vape itu disebabkan alat tersebut mengandungi ganja atau ubat sintetik yang lain tetapi bukan nikotin.

Sekurang-kurangnya sebelum ini ada dua orang meninggal dunia akibat vape meletup pada wajah mereka.

Sumber: BBC News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.