Suasana di tempat kerja sebenarnya amat penting kerana ia mampu mempengaruhi kualiti kerja seseorang individu. Malah, tempat kerja yang kurang tekanan tentunya dapat menjamin kesihatan fizikal dan mental.
Untuk mewujudkan kondisi yang harmoni dan meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat itu, majikan dan pekerja haruslah bekerjasama untuk merealisasikannya.
Dan mungkin ramai graduan atau anda di luar sana yang masih mencari-cari tempat sesuai untuk menyerlahkan potensi anda. Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda semua tentang 10 majikan paling menarik di Malaysia 2019.
Mana tahu anda boleh cuba nasib di sini kan?
10 Majikan Paling Menarik Di Malaysia 2019
Senarai ini berdasarkan Hasil Kajian Jenama Majikan 2019 Randstad adalah berdasarkan persepsi orang ramai dan fokus pada kesedaran terhadap jenama dan daya tarikan mutlak.
Anugerah ini diberikan kepada Majikan Paling Menarik dalam 32 pasaran. Selain itu, ia juga tidak terbuka untuk pencalonan dan hasil adalah berasakan pendapat tenaga kerja tempatan.
Tinjauan ini menyatukan 200,000 responden di seluruh dunia dan tinjauan ini juga diadakan bersama 2,504 responden di Malaysia.
[1] PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd)

[2] Shell Malaysia

[3] Nestle (Malaysia) Bhd

[4] Intel Technology Sdn Bhd

[5] Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd

[6] AirAsia Bhd

[7] IBM Malaysia Sdn Bhd

[8] Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd
[9] Sime Darby Bhd

[10] Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd

Senarai ini juga dipilih daripada 75 syarikat kormesial terbesar Malaysia (berasaskan jumlah tenaga kerja)
Rujukan
[1] Randstad.com.my
Sumber: Bernama