Siakap Keli

Pelajar Malaysia Ditemui Mati Selepas Dilaporkan Hilang Dalam Hutan Ketika Berkhemah

Baru baru ini ada ura-ura yang mendakwa bahawa seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Ohio State University, Amerika Syarikat telah dipercayai hilang ketika berkhemah di sebuah hutan di sana.

Menurut sumber, Afifi Hakimi Hussen (23) yang dikatakan berasal dari Senawang Negeri Sembilan telah dijumpai bersama beg laptopnya di dalam hutan tersebut setelah 5 hari hilang.

Laman Facebook Malaysian Students Association at The Ohio State University (MASA) turut memuatnaik hantaran untuk menzahirkan ucapan takziah.

Untuk makluman MASA (para penuntut The Ohio State University )

Dengan berat hati kami ingin berkongsi mengenai berita duka dengan anda semua. Salah seorang dari komuniti kita, Afifi Hakimi Hussen telah meninggal dunia. 

Kami minta agar anda mendoakan pemergiannya, semoga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.”

Sumber: MASA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)