Siakap Keli

Ikan Trout Bermulut Dua Ditemui Di Lake Champlain, New York

Ikan tasik berkepala dua mungkin kedengaran seperti mitos hidupan laut, tapi kenyataannya hidupan itu memang wujud dan didapati berada di New York.

Wanita yang memancing di Lake Champlain sempadan antara New York dan Vermont bergegas ke tempat ikan tersebut ditangkap pada dua minggu lalu.

Ikan tersebut ditangkap oleh Debbie Geddes. Knotty Boys yang merupakan pasukan pemancing telah berkongsi gambar ikan tersebut di laman Facebook.

“Ikan Trout berkepala dua ditangkap oleh rakan kerja, Debbie Geddes beberapa hari lalu di Lake Champlain.” Tulis mereka di Facebook.

Sesetengah orang memberikan komen di Facebook dengan memberitahu, belum pernah mendengar ikan berkepala dua. Sesetengahnya lagi mengakui bahawa mereka pernah melihat ikan berkepala dua sebelum ini. Ada juga yang tidak percaya dengan gambar ikan berkepala dua tersebut dan menganggap bahawa ikan itu hanya mengalami kecederaan.

Adam Facteau yang merupakan salah seorang daripada anggota Knotty Boys tersebut memberitahu bahawa ikan berkepala dua itu sudah tentu benar.

Walaupun ikan ini kelihatan ganjil, tapi ia bukanlah raksasa. Lake Champlain memang mempunyai ikan ini, sama seperti Loch Ness Monster.

Terdapat juga sebilangan makhluk yang besar dan luar biasa dicatatkan dalam buku oleh seorang penyelidik, iaitu Samuel de Champlain pada tahun 1609. Dia mendakwa bahawa dia mendengar suku ikan-ikan mengerikan ini, ada yang memiliki dua baris gigi tajam dan gigi tersebut boleh tumbuh hingga 10 kaki panjangnya.

Sumber: CBS News

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.