Siakap Keli
Kredit: GPS Bestari

Kerajaan Bakal Laksanakan Program Sarapan Percuma Di Sekolah Bermula 2020

Bermula 2020, semua pelajar yang hadir ke sekolah akan dibekalkan dengan sarapan, kata Dr. Maszlee melalui kenyataannya dalam laman sosial Twitter.

Usaha ini untuk memastikan pelajar dapat menikmati makanan yang berkhasiat untuk mendapatkan otak yang cerdas.

“Program makanan percuma ini adalah untuk semua pelajar dan konsepnya adalah kita mahu pastikan semua anak mendapat makanan yang berkhasiat kerana kita mahu bina generasi yang sihat, mendapat zat makanan cukup bagi mendapatkan otak yang cerdik.

“Program ini juga membolehkan pelajar menguasai sivik di mana pelajar akan duduk makan dengan guru, belajar adab makan yang betul termasuk lepas makan kena basuh peralatan sendiri di mana semua ini dapat melatih disiplin mereka dengan lebih baik,” katanya.

Mengulas tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memboikot institusi pendidikan dengan menghalang anak-anak ke sekolah sebagai protes terhadap pelajaran jawi di sekolah, beliau berkata NGO dan masyarakat sepatutnya menggalakkan anak untuk pergi ke sekolah, bukan sebaliknya.

Sumber: BERNAMA, Dr. Maszlee

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.