Siakap Keli

Bank Tolak Pinjaman, Petani Tawar Buah Pinggang Untuk Dijual Kepada Umum

Pertanian dikenali menjadi sebagai penyumbang utama kepada ekonomi di negara India.

Namun begitu, golongan petani yang hidup dalam serba kekurangan terpaksa melakukan apa sahaja demi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Dalam satu kejadian yang berlaku, seorang petani tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menawarkan salah satu buah pinggangnya untuk dijual.

Difahamkan, keputusan itu diambil selepas pihak bank menolak permohonan pinjamannya sebelum ini. Malah, dia dikatakan tertekan akibat dikelilingi pelbagai hutang.

Menurut sumber, petani yang berusia 30 tahun itu dikenali sebagai Ramkuman dan berasal daripada Kampung Chattar Sali.

Setakat ini, masih tidak ada pembeli yang membida untuk buah pinggang berkenaan.

Sumber : India Times

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra