Siakap Keli

Bersalah Rogol 9 Kanak-Kanak, Pemuda Terima Padah Bakal Jalani Hukuman ‘Kembiri Kimia’

Pada tahun 2016, negara Indonesia telah meluluskan hukuman chemical castration (kembiri kimia) untuk lelaki pedofil yang merogol kanak-kanak.

Presiden Joko Widodo telah mencadangkan satu perubahan pada bulan Mei di tahun 2016 berikutan dengan 1 kes rogol dan bunuh terhadap seorang gadis berusia 14 tahun. Kelulusan hukuman itu pun sudah ditandatangani oleh Presiden Indonesia.

Tiga tahun selepas hukuman ini diluluskan dalam negara tersebut, seorang pedofil telah dijatuhkan hukuman chemical castration pada 18 Julai 2019 selepas didapati merogol sembilan kanak-kanak di Marang.

Suspek, 20, yang merupakan pelaku dinyatakan terbukti telah melakukan kekerasan dan memaksa kanak-kanak untuk melakukan hubungan seks dengannya. Dia kemudian dihukum penjara selama 12 tahun dan denda 100 juta rupiah (RM29, 496).

Suspek diketahui telah merogol sembilan kanak-kanak sejak tahun 2015 di Mojokerto, namun polis baru berjaya menangkapnya pada Oktober 2018 selepas tindakan ganasnya berjaya dirakam oleh CCTV.

Dia kemudian dijatuhi hukuman chemical castration oleh hakim Pengadilan Negeri (PN) Marang di Mahkamah Tinggi Surabaya.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan untuk hukuman ini telah ditolak oleh beberapa pihak. Persatuan Doktor Indonesia pada masa itu juga tidak mahu menjalankan hukuman ini kerana mereka merasakan kaedah ini melanggar etika perubatan.

Kumpulan hak asasi manusia juga menentang hukuman tersebut dengan alasan keganasan tidak akan dihentikan oleh keganasan. Mereka juga menganggap prosedur untuk menjalankan hukuman ini boleh menelan kos yang mahal dan lebih baik kos tersebut digunakan untuk merawat mangsa.

Prosedur untuk hukuman chemical castration antaranya melibatkan penyuntikan dadah ke dalam badan seseorang bagi mengurangkan libido atau aktiviti seksual seseorang.

Sumber: BBC, CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.