Siakap Keli
Foto: Google

Dari Jakarta Ke Kalimantan, Ini Rupanya Alasan Sebenar Jokowi Mahu Pindahkan Ibu Negara Indonesia

Seperti yang kita tahu, Presiden Indonesia, Joko Widodo(Jokowi) telah mengumumkan Kutai Kartanegara (Kukar), Kalimantan Timur sebagai ibu negara Indonesia yang baharu.

Beliau memberitahu keputusan itu diambil bagi merealisasikan keadilan dan kesamarataan ekonomi semasa mengumumkan perkara ini semalam.

Akan tetapi, ramai yang masih tertanya mengenai sebab atau alasan yang lebih terperinci yang menyebabkan keputusan besar ini diambil.

Oleh itu, di sini kami akan senaraikan beberapa sebab yang didakwa menjadi alasan mengapa ibu negara Indonesia dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Kesamarataan dan Keadilan Ekonomi

Seperti yang dikatakan oleh Jokowi sendiri, kerajaan Indonesia mahu mempertingkatkan ekonomi di kawasan kepulauan timur pula selepas kebanyakan kepulauan barat(Jawa), di mana Jakarta terletak, boleh dikatakan sudah membangun.

Perbezaan antara Kalimantan(kiri) & Jakarta(kanan). (Foto: Nikkei Asian Review/Sky News)

“Jurang ekonomi di antara Jawa dan luar Jawa semakin meningkat hari demi hari,” jelas Jokowi dalam pengumumannya yang disiarkan secara live di YouTube semalam.

Menurut laporan sumber, lebih 80% daripada hasil ekonomi negara republik berkenaan datang dari kepulauan barat Jawa serta Sumatera.

Jakarta Sudah Semakin ‘Tenggelam’

Berdasarkan laporan World Population Review, Jakarta kini sedang didiami oleh seramai lebih 10.63 juta penduduk. Malah, jika dikira bersama pelancong serta warga asing, bandar itu dikatakan dipenuhi sehingga 30 juta manusia pada satu-satu masa.

Foto: The Jakarta Post

Maka tidak hairanlah jika Jakarta selama ini dikenali sebagai bandar paling tercemar serta antara bandar dengan trafik paling sibuk di dunia.

Tidak cukup dengan itu, bandar besar tersebut sebenarnya betul-betul sudah semakin tenggelam. Menurut laman Wired, Jakarta secara puratanya kini memendap sebanyak tujuh(7)-inci setahun dan boleh mencapai sehingga sepuluh(10)-inci setahun.

Apa Akan Jadi Kepada Jakarta?

Ya, Jakarta tidak lagi akan dikenali sebagai ibu negara bagi Indonesia lagi selepas ini. Namun, ia tidak bermakna bandar mega itu akan dilupakan begitu sahaja.

Jakarta akan kekal menjadi Jakarta. Pelancong akan terus datang ke sana dan ia dijangka akan kekal menjadi pusat ekonomi serta pendapatan negara berkenaan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Foto: The Independent

Projek atau perancangan untuk memajukan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baru akan memakan masa yang lama dan kos yang banyak.

Jadi, sementara menunggu perancangan itu selesai, Jakarta adalah Jakarta yang kita kenal selama ini.

Ia adalah sangat menarik untuk disaksikan bagaimana perancangan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan Indonesia selepas ini.

Ini kerana perpindahan ibu negara bukanlah sesuatu yang selalu kita dengar dalam dunia politik antarabangsa dan ia berlaku di negara jiran yang sangat dekat dengan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sumber: LA Times, Jakarta Post, Wired, The Guardian

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.