Siakap Keli
Gambar : FB Sham Hussain

Seorang Diri Naik Basikal 3 Bulan ‘Pusing’ Satu Jerman, Balik Malaysia Kayuh Basikal Dari Bangkok

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika mempunyai tekad dan kesungguhan sertai disertai dengan perancangan yang betul, tiada apa yang mustahil dalam hidup. Mungkin impian kita itu nampak remeh di mata orang, tetapi besar di mata kita. Berusahalah untuk mencapainya kerana hidup ini hanya sekali.

Seperti perkongsian kisah oleh Sham Hussain yang ditakdirkan bertemu dengan seorang pemuda yang menaiki basikal di sebuah gerai di Bandar Darulaman, Kedah. Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Chap singgah untuk minum sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melaka.

Apa yang menariknya, Chap sebenarnya sudah seminggu mengayuh basikal dari Bangkok. Lebih mengujakan, dia sebelum itu berada di Jerman selama tiga bulan dengan mengelilingi negara berkenaan menaiki basikal.

Fuhh, memang respect habis kerana tidak semua mampu mempunyai tekad yang tinggi seperti anak muda ini. Jom ikuti perkongsian seperti di bawah.

Ini kawan baru, nama dia Chap. Just Chap. Tak pula aku tanya nama penuh dia. Hehe.

Nak tau dia dari mana? Baca kisah dia kat bawah. Terkejut juga aku masa dia cerita.

Chap berasal dari Melaka. Umur 24 tahun, masih single. Lelaki ok, bukan perempuan.

Dia singgah minum ayaq nyoq tadi, dalam perjalanan (kayuh basikal) balik ke Melaka, dari Bangkok!

Ya dari Bangkok, Thailand. Seorang diri. Hebat bukan?

Gambar : FB Sham Hussain

Tiga bulan kayuh basikal ‘pusing’ Jerman

Belum cukup hebat. Apa yang lagi hebat?

Sebenarnya dia berkayuh dari Bangkok ke Melaka, perjalanan pulang selepas 3 bulan berkayuh dengan menggunakan basikal yang sama (dalam gambar) di German.

Apa, German? Ya German.

Dia berkayuh dari Bangkok sampai ke kedai ayaq nyoq tadi tu dah lebih seminggu. Sebab dia hanya kayuh basikal waktu siang sahaja. Malam dia rehat.

Kebetulan dia singgah di kedai tadi aku baru sudah makan laksa (post sebelum ni). Aku pun ajak la dia sembang.

Tiga tahun rancang dan simpan duit

Dia cerita, dah 3 tahun dia plan dan simpan duit nak travel kayuh basikal di German ni.

Dia kerja cafe biasa je di Melaka, duit gaji dia simpan sebab nak buat benda ni. Fuhh, memang hebat anak muda ni, berani dan semangat.

Sepanjang bekerja di cafe tu, dia banyak berkawan dengan tourist yang datang ke cafe tu. Dan kebanyakan orang German. Dari situ la dia berkawan dengan orang German.

Jadi masa dia travel ke German tu, dia jumpa balik kawan-kawan yang dia kenal di cafe tu. Dia cakap, orang German memang baik-baik. Ada yang bagi dia tumpang bermalam masa dia kat sana.

Gambar : FB Sham Hussain

Dia cakap, banyak sangat benda dia belajar sepanjang berada di German selama 3 bulan tu.

Lepas habis travel satu German, dia pun nak balik semula ke Malaysia. Tapi tiket ke Kuala Lumpur mahal sangat. Tiket ke Singapore pun agak mahal. Tiket ke Bangkok saja yang agak murah (sekali tiket kargo – basikal)

Sebab tu dia pilih turun di Bangkok dan berkayuh dari Bangkok ke Melaka, Malaysia.

Kecil saja orangnya, tapi dia punya semangat sangat besarrrr. Aku memang respect habis kat ‘adik’ ni (ye la, 20 tahun kot beza umur)

Apa yang aku belajar dari apa yang dia buat dan cerita-cerita yang dia bagitau ;

1. Nekad nak buat sesuatu sampai jadi. Alhamdulillah, apa yang dia nak buat 3 tahun lepas sudah terlaksana.

2. Halangan. Halangan utama ialah keizinan keluarga. Tapi selepas dia tunjuk kesungguhan dan jelaskan segala perancangan dan tindakan apa yang dia perlu buat, dari halangan, keluarga dia sokong 100% impian dia.

3. Ilmu. Tidak dinafikan, dia cakap memang mudah cakap nak ke sana ke sini nak buat itu ini, tapi ilmu asas wajib kena ambil tahu. Dalam kes dia, nak travel, so dia belajar dan ambil tahu ilmu traveling dan pasal ilmu culture dan ilmu berkaitan.

4. Passion. Dia cakap, asalnya nak plan nak pergi ramai, tapi semua tak jadi last minit kecuali dia. Dia bagitau, simple je, bila kita buat sesuatu perkara tanpa passion, kekuatan tu macam takde, akan mudah dilemahkan dan melemahkan.

So, Chap, apapun aku memang respect habis la dengan hang! Lepas ni dia plan nak keluar lagi, tapi nak kerja dulu sekejap sebab nak cari modal dulu. Power la Chap!

Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan. Good luck! Ohh ya, sesiapa yang nak bercuti di Melaka tu boleh la guna homestay milik keluarga Chap – Jafmanurin’s Homestay.

#CS
Kau? Nak ke kedai pun sesat.

Sumber : Sham Hussain

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra