Siakap Keli
Foto: Lifebuzz

Biasa Tengok Dekat Peralatan Elektronik, Ini Rupanya Sebab Simbol “Power Button” Macam Ni

Dalam kehidupan seharian pada zaman sekarang, hampir mustahil untuk kita menjalani aktiviti sepanjang hari tanpa menggunakan sebarang peralatan elektronik.

Oleh itu, simbol di atas pastinya tidak asing lagi bagi kita semua, bukan? Sebut sahaja produk elektronik, tak kira sama ada telefon pintar, komputer riba, televisyen dan banyak lagi, hampir pasti ia mempunyai satu butang dengan simbol tersebut.

Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan simbol ‘Power Button’ atau ‘butang kuasa’ dicipta sedemikian rupa?

Sebenarnya, garisan menegak pada simbol itu menggambarkan angka “1” manakala bulat separa penuh pula mewakili angka “0”. Dalam erti kata lain, 1 bermaksud ON manakala 0 pula bermakna OFF.

Foto: Wikipedia

Oleh sebab itulah, kita dapat melihat simbol 1 dan 0 pada sebahagian peralatan elektronik hari ini seperti penyedut hampagas serta cerek elektrik.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, simbol itu membawa maksud ‘Standby’ atau ‘bersedia’. Ia digambar dengan simbol 1 yang berada pada tengah-tengah bagi menghalang angka 0 daripada ‘membulat’ sepenuhnya.

Namun, tidak kiralah apa juga simbol yang ada pada peralatan elektronik yang kita pakai, apa yang penting ialah kita mematikan suis apabila ia tidak lagi digunakan bagi menjimatkan tenaga elektrik.

Sumber: Vice, Quora

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.