Seekor penyu laut hijau seberat 50kg telah ditemui mati berhampiran kawasan Pantai Thung Thalay kira-kira pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu oleh pegawai marin.
Pantai Thung Thalay terletak di dalam kawasan perlindungan hidupan liar Thung Thalay, di mana terdapat beberapa spesis laut terancam yang menjadikan kawasan ini sebagai habitat mereka.
Ketika ditemui, bangkai penyu itu dijumpai dalam keadaan jaring ikan tersangkut pada bahagian mulutnya serta terdapat luka pada bahagian leher dan kepalanya.

“Pegawai marin yang menemuinya percaya bahawa luka itu dialami ketika penyu tersebut untuk melepaskan diri,”kata Suwat Suksiri, Ketua Jabatan Taman Negara, Pemulihan Hidupan Liar dan Tanaman(DNP) Krabi.
Mereka juga menganggarkan yang penyu itu telah mati di antara dua atau tiga hari sebelum bangkainya ditemui.
Bangkai penyu berkenaan akan dibawa ke Pusat Biologi Marin Phuket(PMBC) untuk dilakukan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
Penyu hijau laut adalah spesis terancam dan dilindungi di Thailand di bawah Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar 1992.
Sumber: The Phuket News