Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Suu Balm, jenama penjagaan kulit kepala yang diformulasi oleh pakar dermatologi, kini melengkapkan rangkaian Suu Balm Scalp Care di Malaysia dengan pelancaran Suu Balm Scalp and Hair Conditioner terbaharu.
Pelancaran ini melengkapkan rutin penjagaan kulit kepala sedia ada yang merangkumi Syampu Anti-Kelemumur dan Semburan Rapid Itch Relief, khusus untuk individu yang berdepan masalah kulit kepala kering, gatal dan sensitif.
Menurut Suu Balm, rangkaian ini dirumus untuk menangani punca ketidakselesaan kulit kepala dan terbukti secara klinikal mampu mengurangkan kelemumur dalam tempoh tiga hari. Perapi rambut dan kulit kepala baharu ini pula dirumus dengan 6x agen berkhasiat bagi memberikan hidrasi menyeluruh dari akar hingga ke hujung rambut, sambil menenangkan kulit kepala sensitif.
Berdasarkan ujian pengguna, 93 peratus mendapati kulit kepala menjadi lebih lega daripada kegatalan, manakala 97 peratus menyatakan kulit kepala mereka lebih lembap selepas penggunaan.

“Rangkaian Suu Balm Scalp Care dibangunkan selama hampir tujuh tahun melalui pemilihan bahan yang teliti dan ujian bersama pengguna sebenar. Dengan perapi baharu ini, rutin penjagaan kulit kepala kami kini lengkap, terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit kepala sensitif,” kata Pengasas Bersama Suu Balm, Dr John O’Shea.
Masalah kulit kepala seperti kelemumur dan kegatalan sering dialami dalam iklim panas dan lembap Malaysia, terutama dalam kalangan individu dewasa yang terdedah kepada haba, penghawa dingin serta memakai penutup kepala untuk tempoh lama.
Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Dr Goh Siew Wen, rutin penjagaan lengkap Suu Balm bukan sahaja mengurangkan kelemumur dalam masa singkat, malah membantu meningkatkan tahap kelembapan kulit kepala dan memulihkan keseimbangan mikrobiom, sekali gus meningkatkan keselesaan dan keyakinan pengguna.
Rangkaian Suu Balm Scalp Care tidak mengandungi silikon, sulfat, paraben, minyak pati serta pewangi, dan sesuai untuk kulit kepala sensitif. Semua produk juga telah mendapat pensijilan Halal JAKIM.
Perapi Rambut dan Kulit Kepala Suu Balm ditawarkan pada harga RM84.90 (250ml), manakala produk lain dalam rangkaian ini boleh didapati di farmasi terpilih seperti Caring Pharmacy, serta secara dalam talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok.
Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran, Roadshow Suu Balm Scalp Care kini berlangsung di 1 Utama, Aras G (hadapan Royal Selangor) dari hari ini hingga 11 Januari 2026.
Facebook page – https://www.facebook.com/suubalmmalaysia/
Instagram account – https://www.instagram.com/suubalm_my