Tergamaknya seorang anak apabila sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri dengan kejam hanya kerana mangsa tidak menuruti permintaannya dalam kejadian yang berlaku selasa lalu.

Malah, lebih mengerikan apabila dia turut memecahkan tengkorak kepala ibunya dan mengeluarkan otak mangsa sebelum mencuba menggorengnya di dalam kuali untuk dimakan.

Suspek, Sitaram Iraon, dari perkampungan Botalda, India, didakwa bertindak demikian kerana berang tidak diberikan wang untuk membeli alkohol oleh ibunya, Phulo Bai, yang dikatakan sudah tidak tahan dengan ketagihan alkohol suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati didakwa mengambil kapak lalu menyerang kepala ibunya sebelum otak mangsa dikeluarkan untuk digoreng ke dalam kuali.

Namun, belum sempat dia menjamah hidangan otak ibunya, adik ipar suspek yang merupakan isteri kepada adiknya melihat kejadian tersebut.

Suspek yang panik kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis semalam. Dia ditemui bersembunyi dalam kawasan berhampiran dengan pakaian yang berlumuran darah.

Ketika disoal-siasat, suspek mengakui melakukan pembunuhan kejam itu dan bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Siasatan awal polis mendapati, suspek berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian tersebut berlaku.

Sumber : India Today