Siakap Keli

(Video) Tak Habis-Habis Puji Sedap Bila Dah ‘Try’, Sampai Berpeluh Awek Korea Ni Dibuatnya

Bila sebut sahaja kangkung, masakan yang sinonim dengannya pasti kangkung sambal belacan. Dimakan bersama nasi panas, nikmatnya tak terkata. Rasa yang sedikit pedas menyengat bersama bau belacan yang semerbak, pasti ramai yang terliur. Silap-silap makan nasi boleh tambah berpinggan!

Bagi kita yang sudah biasa dengan makanan ini, semestinya tidak merasakan sesuatu yang pelik malah menjadi makanan kegemaran ramai. Tetapi tidak bagi warga luar yang pertama kali mencuba hidangan tempatan kangkung sambal belacan.

Menerusi satu video di Youtube, seorang gadis korea dan mat salleh telah mencuba hidangan ini dan gelagat mereka ternyata mencuit hati ramai netizen. Dalam video yang disiarkan menerusi channel ‘Blimey’ tersebut, kedua-dua mereka pada mulanya dilihat makan secara bersahaja sebelum mengadu kepedasan.

Tetapi, rasanya yang sedap terbukti apabila gadis korea berkenaan menyukainya dan tidak berhenti memuji masakan kangkung sambal belacan adalah hidangan yang sedap dan lazat!

Jom tonton video di bawah. Tiba-tiba sahaja perut rasa lapar!

Sumber : Youtube

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra