Siakap Keli
Kredit: Bondi Harvest/BBC Good Food

Hairan, Macam Mana Boleh Ada Air Dalam Kelapa? Ini Sebabnya

Slurrpp, slurrp.. sedapnya air kelapa muda. Ditambah pula dengan hirisan isi kelapa yang lembut dan memikat selera.

Siapa yang tak suka air kelapa muda, kan?

Dikenali sebagai tumbuhan 1000 guna, pokok kelapa mempunyai pelbagai manfaat yang boleh digunakan dari pucuk hingga ke akarnya. Pelepahnya boleh dijadikan lidi, batangnya dijadikan titi manakala di Indonesia, akarnya direbus dan dijadikan minuman herba.

Selain itu, air kelapa juga dijadikan minuman isotonik semulajadi yang mampu menghidrasi tubuh badan.

Pernahkan anda terfikir, bagaimana air kelapa boleh terhasil dalam ruangan tempurung tersebut?

Pohon kelapa, seperti tumbuhan lain, menggunakan buahnya untuk menyimpan air.

Pada awal pembentukan, kelapa hijau mengandungi 500 mililiter (ml) air. Seiring masa, air tersebut menjadi isi yang menebal seperti dapat kita lihat dalam kelapa tua yang mempunyai isi lebih tebal berbanding kelapa muda.

Pengumpulan air penting bagi kemandirian spesies ini. Kebiasaannya, pohon kelapa menghasilkan buah yang sedikit iaitu antara 25 hingga 75 biji buah sahaja setiap tahun. Oleh itu, setiap buah ini perlu menjadi biji benih super seed bagi pokok yang seterusnya.

Buah kelapa perlu melalui keadaan yang sukar antaranya hanyut di dalam laut selama berbulan-bulan. Air di dalam tempurung itulah yang akan membekalkan air dan nutrien bagi tumbesaran anak pokok yang bercambah dari buah tersebut.

Menarik kan, ciptaan Tuhan?

Sumber: VaiVai

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.