Siakap Keli
FOTO: IJSWORKINGPROGRESS

Terpaksa Batal Pergi Konsert Nak Buat Rawatan Kemoterapi, Jonas Brother Beri Kejutan ‘Istimewa’

Seorang remaja perempuan yang sepatutnya pergi ke konsert Jonas Brothers pada minggu lepas terpaksa membatalkan niatnya kerana terpaksa menjalani rawatan kemoterapi. Paling mengembirakan apabila ahli kumpulan tersebut datang ke hospital untuk lakukan kejutan paling istimewa untuk remaja tersebut.

Pada minggu lepas, gadis ini telah memuatnaikkan di laman akaun Instagramnya dan menyeru para pengikut di laman akaun tersebut untuk tag kumpulan tersebut dan mengenai tidak dapat hadir ke konsert Jonas Brother kerana tarikh yang sama gadis ini jalani rawatan kemoterapi.

Dengan menggunakan tanda palang #LilySeesTheJonasBrothersChallenge2019 telah viral sehinggakan wakil Scott Perry dapat tahu dan bertindak.

Apabila ahli kumpulan itu melihat tanda palang yang kian viral di media sosial mereka mengambil peluang untuk melawat gadis tersebut di salah sebuah hospital di Pennsylvania.

Jonas Brothers visit Penn State Children's Hospital

We’re a ‘Sucker’ for a great surprise! Four Diamonds teen Lily Jordan had to miss the Jonas Brothers concert, but some special guests dropped by Penn State Children’s Hospital to visit her before the show. Turn the sound on!

Posted by Milton S. Hershey Medical Center on Saturday, 31 August 2019

Turut bersama isteri kepada Nick Jonas iaitu Priyanka Chopra Jonas juga memberi semangat danberbual bersama Lily. Dalam masa yang sama kumpulan tersbut telah mendedikasikan beberapa lagu untuknya.

 

Sumber: CBS News

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.