Siakap Keli

“‘Steady’ Kuali Berkerak” Ini Respon Bersahaja Tuanku Permaisuri Bila Netizen Komen Kuali Baginda

Umum mengetahui hobi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang amat gemar memasak. Baginda pernah turun padang dan membantu menyediakan hidangan untuk mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sebelum ini.

Kemahiran memasak baginda terserlah apabila rata-rata warga maya terliur dan memuji gambar masakan yang dikongsi baginda di laman sosial miliknya, tempat baginda berinteraksi bersama rakyat.

Terbaru, baginda memuat naik beberapa keping gambar masakan untuk makan malam buat suaminya yang tercinta, Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seperti yang kita dapat jangkakan, pastinya ramai yang memuji keenakan dan meminta resipi masakan tersebut. Namun, dalam banyak-banyak komen tentang makanan, ada beberapa individu yang lebih tertarik melihat kuali baginda.

Berikutan itu, Tuanku Permaisuri yang sememangnya dikenali dengan sikap bersahaja berkongsi gambar kuali tersebut dengan lebih jelas.

Kiriman baginda mendapat pelbagai respon menghiburkan dari netizen.

Sumber: Twitter Raja Permaisuri Agong

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.