Siakap Keli
FOTO: AYUL RAHMAN

Suami Terpaksa Tanggung Kos Ubatan RM 6,000 Sebulan, Isteri Hidap Penyakit ‘Rare’ Di Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah satu keputusan paling besar yang korang perlu lakukan seumur hidup. Ia merangkumi cara hidup anda buat selamanya. Semua orang tahu, perkahwinan bukanlah satu perkara yang remah.

Setiap pasangan harus kuat menjalani liku-liku kehidupan tambah-tambah apabila bergelar seorang suami. Mereka merupakan ketua keluarga malah tanggungjawab mereka lebih berat daripada orang lain. TIdak dinafikan setiap keluarga akan diuji dengan ujian Allah, sebagai umat Islam, kita akur dan perlu redha.

Bagi Ayul Rahman seorang pengguna Facebook telah meluahkan tanggungjawabnya apabila pasangan ini diuji, isterinya menghidap penyakit misteri yang jarang berlaku di Malaysia dan terpaksa menampung kos yang tinggi untuk perubatan bulanan.

Isterinya menghidap penyakit pulmonary hypertension. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit paru-paru yang menyebabkan tekanan di dalamnya tinggi sehingga pesakit mudah penat, sukar bernafas dan sering pening.

Lelaki ini juga telah melakukan pengiraan untuk kos rawatan dan ubatan isteri tercintanya untuk pemeriksaan bulanan.

Sebijik ubat harga RM 200 x 30 hari = RM 6000
Setahun RM 200 x 365 hari = RM 73,000

Ini baru satu ubat.

Just nak inform atau awareness kepada semua. Disebabkan penyakit ni tak ramai yang tahu dan jarang orang dapat penyakit ni, dan bila penyakit ni kurang di Malaysia, jadi ubat ni tak disubsidikan dan agak terhad.

Katanya, sebelum ini tak ada hypertension, jantung dan kencing manis. Sejak kebelakangan ini saja isterinya mudah letih dan perlukan rawatan rapi.

Cuma beberapa bulan kebelakangan, isteri saya mudah penat kalau berjalan atau naik tangga, jantung laju, selalu rasa loya dan muntah-muntah. Kita ingatkan gastric atau acid reflux pada mulanya.

Tapi makin kerap pula gastric, jadi kita buat assessment dekat HKL, terus doktor di HKL refer ke Institut Jantung Negara (IJN). Di IJN dorang buat right heart catheterization, echo, CT Scan and few blood test untuk confirm kan diagnosis.

Baru confirm diagnosis minggu lepas di IJN. Sebelum tu lebih kurang 6 bulan, isteri mudah rasa letih semua tu.

Menurut Ayul semasa dihubungi, isterinya tidak mengalami masalah di tempat kerja kerana di tempat kerja tidak menggunakan pergerakan yang banyak, cuma apabila melakukan kerja-kerja rumah, dia mudah letih dan menjadi penafasan pendek.

Untuk rawatan pula, sekarang tengah mendapatkan rawatan ubat. Tiada sebarang pembedahan untuk dilakukan sekarang.  Apa yang diberitahu oleh doktor bahawa isteri akan bergantung dengan ubat seumur hidup.

Nama jenis ubat untuk penyakit ini adalah Cialis Tadalafil dan Opsumit Macitentan. Di mana buat masa sekarang ni, tak ada subsidi diberikan dari kerajaan.

Sebulan rm4700 korang rasa boleh dapat beli apa eh? Alphard? Rumah landed?

RM 4700 adalah kos sebulan untuk ubat Quya Anuar (isteri). Semoga Allah murahkan rezeki kami dan memberi kesihatan utk mencari rezeki.

Pada masa sekarang dia akan berusaha keras dan bekerja siang malam untuk menampung kos isterinya itu. Dia cuma berharap agar pihak yang bertanggungjawab untuk meringankan bebannya dan berharap agar ubat yang digunakan untuk rawatan isterinya mempunyai subsidi untuk mengurangkan kos rawatan.

Sumber: Ayul Rahman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)