Siakap Keli
Gambar: in.mashable.com

‘Dimatikan’ Dalam Avengers: End Game, Marvel Bakal Kembalikan Watak Tony Stark, Iron Man?

Marvel dilaporkan telah merancang pelbagai filem menarik khas untuk peminat-peminat Marvel di seluruh dunia dalam masa yang akan datang.

Merujuk pada klimaks filem Spider-Man: Far From home, MCU dengan rasminya telah memasuki era baharu selepas matinya watak Iron Man dan Captain America dalam filem Avengers: Endgame.

Ramai peminat Marvel berasa kecewa kerana mereka mengharapkan agar Robert Downey Jr akan kembali di dalam filem Far From Home itu. Far From Home adalah sebuah filem Spider-Man terakhir yang mendapat sentuhan Marvel berikutan dengan kontroversi yang berlaku diantara Disney-Sony kebelakangan ini.

Menurut sumber, Robert Downey Jr akan kembali dalam dunia Marvel di dalam sebuah saluran baharu yang bernama Disney+.

Robert Downey Jr dijangka akan memegang watak yang sama dalam siri terbaharu yang diberi nama sebagai Ironheart.

Mengikut sumber dari We Got This Covered, syarikat gergasi itu berjaya mendapatkan Downey Jr bagi meminjamkan suaranya sebagai Tony Stark yang muncul sebagai kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) sama seperti Jarvis.

Di dalam komik, watak Ironheart yang bernama Riri Williams, telah diperkenalkan semasa Stark dalam keadaan koma. Dia telah dilatih oleh AI yang menggunakan suara Tony Stark.

Watak Ironheart ini mula diperkenalkan pada umum pada tahun 2018, namun para peminat Marvel  dikatakan tidak bersetuju dengan pemilihan pembawa watak tersebut.

Sumber: Independent

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.