Siakap Keli

Hajat Tak Kesampaian, Harimau Malaya Tewas Tipis Kepada UAE Walau Pamer Aksi Meyakinkan

Perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil tadi telah menyaksikan bahawa Skuad Harimau Malaya telah kecundang di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Walaupun mempamerkan aksi meyakinkan, gol serangan balas Ali Ahmed Mabkhout untuk gol kedua peribadi pada minit ke-75 menutup harapan Malaysia untuk sekurang-kurangnya memperoleh satu mata.

Malaysia terlebih dahulu menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol seawal minit pertama melalui tandukan cantik Syafiq Ahmad sebelum kedudukan disamakan oleh Ali pada minit ke-43.

Tamat perlawanan, Malaysia kini berada di kedudukan ketiga kumpulan, mengumpul 3 mata selepas dua perlawanan. Manakala kedudukan teratas diisi Thailand dengan 4 mata.

Perlawanan seterusnya, skuad kebangsaan dijadual bertemu bertemu dengan Vietnam pada 10 Oktober dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium Kebangsaan My Dinh.

Sumber: FAM

Aqmal Ezany

I write what is right