Siakap Keli
Gambar Hiasan

Malaysia Akan Guna 5G Sepenuhnya Menjelang 2023

JAKARTA, 10 Sept  (Bernama) – Malaysia sedang berusaha untuk menggunakan  sepenuhnya teknologi 5G menjelang 2023, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata Malaysia percaya penggunaan teknologi itu akan memudahkan usaha kerajaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat serta menjadi pemangkin pembangunan Malaysia.

“Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau ini yang menerima baik pemakaian teknologi 5G.

“Tahun lepas kami menubuhkan Pasukan Petugas 5G. Pasukan Petugas ini telahpun mengemukan laporan jangka pertengahannya tentang proses Malaysia kearah penggunaan 5G,”katanya dalam ucapannya pada persidangan serantau mengenai Diplomasi Digital (RCDD) di Jakarta di sini hari ini.

RCDD mengumpulkan para menteri, pegawai kerajaan, ahli pikir dan ahli akademik dari semua negara anggota ASEAN, serta Australia, India, Jepun, New Zealand, China dan Korea Selatan untuk membincangkan dan berkongsi amalan terbaik mengenai penggunaan media baharu  untuk diplomasi yang berkesan .

Ia juga  memberi peluang kepada negara-negara peserta untuk melihat inisiatif dan kaedah baru dalam meningkatkan lagi diplomasi, dan dalam memupuk kerjasama serantau dalam diplomasi digital.

Malaysia menganggap teknologi digital sebagai faktor pemacu untuk inovasi dan pertumbuhan dalam banyak bidang penting. Sudah tentu, termasuk diplomasi.

“Walaupun kita berpegang kepada  kebebasan yang datang dengan digitalisasi dunia, kita juga harus berhati-hati terhadap impaknya terhadap keselamatan serantau kita,” kata Marzuki.

Walaupun atas kepentingannya, tadbir urus media sosial yang berkesan terus mengelak dari kita pada ketika di mana tindakan keganasan, ekstremisme, kebencian dengan mudah disebarkan melalui platform digital ini.

Marzuki berkata adalah penting bagi tadbir urus media sosial  untuk mengekalkan keharmonian dalam negara, serta dengan negara lain.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan “sebenarnya.my” pada Mac 2017, sebuah portal yang didedikasikan untuk mengesahkan penyebaran berita di media sosial.

Dengan slogan, ‘Tidak pasti, jangan kongsi’, portal ini berguna untuk membantu rakyat Malaysia membezakan antara  fakta dengan yang  palsu. katanya.

Sumber:  BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)