Siakap Keli

Jangan Terlalu Salahkan Isteri Jika Tak Boleh Hamil, Mungkin Suami Yang Jadi Punca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Untuk dapatkan anak bukan satu perkara mudah. Ia merupakan rezeki yang diberikan oleh Sang Pencipta. Ya, mesti ramai di kalangan pasangan suami isteri yang terasa hati dengan mulut ‘puaka’ orang sekeliling.

Ramai pasangan suami isteri di luar sana yang masih mencuba untuk menimbang cahaya mata. Ada saja orang yang berkahwin lima hingga 10 tahun baru dikurniakan anak. Jadi bukan masalah mandul menjadi perkara utama mengapa pasangan sukar untuk hamil.

Menurut Doktor Nimelesh dalam laman Twitternya, kesalahan menggunakan ubatan terlarang untuk proses pembinaan badan salah satu faktor untuk kesukaran isteri hamil. Beliau juga menceritakan pengalamannya bertemu dengan pasangan suami isteri di mana suami berbadan sasa dan sihat.

Masuk seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 tahun, dengan seorang Lelaki yang badan tough dan sado. “Doktor, saya dah cuba banyak tahun. Sampai sekarang masih tidak dapat mengandung.”

Keputusan wanita tu semua normal.

Lepas ketahui keputusan si isteri, kali ini giliran untuk si suami periksa kesihatan dalaman. Dengan rasa angkuh, terus si suami menaikkan nada suara.

“Saya bukan puncanya. Saya pergi gym, saya jaga makan.. Sepatutnya saya sihat!”

Ini bukan kali pertama beliau bertindak sedemikian. Dulu masa nak periksa isteri dia, kami nak periksa dia pun dia tak nak kasi. Tapi apa yang kami syaki adalah betul. Apabila keputusan balik, ia menunjukkan kekurangan sperma dalam badan dia.

Untuk pengetahuan anda, lelaki ini menggunakan steroid. Steroid ini merupakan salah satu jenis ubatan terlarang selain AAS dan Testoserone adalah untuk proses pembinaan badan. Mereka pentingkan apa yang luar sehinggakan secara tidak langsung mereka menggadaikan apa yang ada di dalam.

Gambar dibawah merupakan satu gambaran di mana sebelum dan selepas pengambilan steroid. Penggunaan ubat-ubatan seperti ini bukan sahaja mengurangkan jumlah kuantiti, morphologi dan pergerakan sperma, tetapi ia boleh menyebabkan kemandulan, testis menjadi kecil, buah pinggang dan hati rosak.

Seperti yang kita tahu, sudah banyak kajian telah menunjukkan kesahihan isu ini, malah ada yang kuantiti sperma dia terus naik lepas dia hentikan pengambilan ubat ini.

Perkara ini juga menyebabkan masalah dalam rumah tangga juga. Apabila satu pasangan tidak dapat zuriat dalam beberapa tahun, automatik wanita yang dipersalahkan. Sampai ada lelaki yang ceraikan wanita tu untuk cari wanita baru.

Mengikut kajian, para lelaki perlu tahu bahawa 50% isu infertiliti adalah disebabkan oleh faktor lelaki sendiri. Jadi tolong hentikan menyalah wanita sahaja. Untuk bina badan atau hdiup sihat, elakkan untuk pengambilan steroid tetapi kekalkan makan secara ‘eat clean’ dan disiplin.

Sumber: Dr Nimelesh 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)