Siakap Keli

(Video) Kasih Ibu: Anjing Korek Tanah, Gigit Batu Bersama Penyelamat Untuk Selamatkan Anak Dalam Timbunan Tanah

Aksi seekor ibu anjing yang membantu penyelamat menggali tanah bagi menyelamatkan anaknya terakam menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube.

Akaun Youtube Animal Aid Unlimited memuat naik video berkenaan pada 28 Ogos lalu dan kini telah ditonton lebih dari 5 juta kali.

Dipercayai kejadian dirakamkan di India.

Menurut akaun terbabit, yang dipercayai membuat kerja amal untuk haiwan, mereka menerima panggilan yang mengatakan ada seekor anjing yang tak berhenti-henti menyalak. Ketika sampai, pasukan itu mendapati anak anjing terbabit terperangkap dalam timbunan tanah dan runtuhan bangunan.

Dapat dilihat dari riak wajah anjing terbabit ia sangat mengharapkan bantuan. Pasukan penyelamat itu mengikut anjing terbabit dan mengalih batu serta mengorek kawasan yang ditunjuk oleh haiwan tersebut.

“Kami tidak tahu jika anak-anaknya masih hidup tetapi ibunya tahu.

“Ia membantu kami sepanjang proses penggalian itu”, kata akaun terbabit.

Tonton aksi menyelamat itu di video dibawah.

“Setiap minit sangat bermakna (bagi ibu anjing itu) dan ia sepertinya sedar bahawa anak-anaknya boleh sesak nafas bila-bila masa.”

“Bagi ibu, tiada yang lebih penting dari keselamatan anak-anaknya”, kata akaun terbabit.

Roti Tisu