Siakap Keli

“Kesalahan Bawah Akta Hasutan Dan Patut Diambil Tindakan”- Komen Bekas KPN Susulan Tweet Biadap Terhadap Permaisuri Agong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak malam semalam, warga Malaysia terutamanya pengguna Twitter dikejutkan mengenai akaun Twitter Tuanku Permaisuri Agong sudah tidak lagi aktif. Perkara tersebut telah membuatkan ramai warganet menyatakan kekesalan mereka yang mahukan Tuanku Permaisuri Agong terus bersama mereka melalui medium media sosial.

Akaun Twitter Tuanku Permasuri Agong dengan nama @cheminahsayang yang sudah tidak lagi aktif telah menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat jelata. Malah, turut ada yang menyatakan kerinduan mereka terhadap perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Tuanku Permasuri Agong.

Mengikuti perkembangan mengenai perkara ini di laman Twitter, rata-rata warganet mendakwa Tuanku Permaisuri Agong menutup akaun Twitternya gara-gara reaksi kurang sopan yang dipamerkan oleh segelintir netizen. Perkara ini berikutan dipercayai terdapat beberapa pengguna Twitter yang memberikan komen negatif terhadap perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Tuanku Permaisuri Agong.

Berikutan itu, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan sikap yang dipamerkan oleh individu yang menurunkan komen negatif seperti itu. Kebanyakan daripada mereka mahukan individu-individu terbabit dikenakan hukuman dan ada yang mendesak agar pihak polis menjalankan siasatan dan menahan individu-individu yang terlibat.

Berdasarkan kicauan yang dibuat oleh seorang wargamaya ini, dia mempersoalkan tindakan beberapa individu itu sebagai menghina institusi diraja dan perlu disiasat oleh pihak polis.

Lantaran daripada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melalui akaun Twitternya juga memaklumkan bahawa perbuatan itu boleh didakwa atas kesalahan bawah Akta Hasutan dan patut diambil tindakan.

“Kesalahan bawah Akta Hasutan dan patut diambil tindakan @PDRMsia”

Sumber: Twitter @ab_msaiful

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra