Siakap Keli

Lelaki Ditampar Gara-Gara Persoal Parkir Kereta Kena Cop

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah kekurangan ‘parking’ sering dialami oleh kebanyakan daripada kita terutamanya di kawasan tumpuan seperti kompleks membeli-belah. Disebabkan ruang tempat letak kereta yang terhad dan sentiasa dipenuhi dengan kenderaan lain, terdapat segelintir individu tak bertanggungjawab ‘mengecop’ parking terlebih dahulu.

Kejadian ini sudah acap kali berlaku dan turut dikongsi oleh salah seorang individu yang mengalami pengalaman yang sama menerusi Twitter miliknya. Shafika menceritakan situasi tegang itu dan menerima kecaman netizen yang rata-rata turut tidak berpuas hati.

Pemandu Myvi itu yang kesal terhadap sikap dipamerkan wanita berkenaan terus mempersoalkannya. Namun, wanita itu mendakwa bahawa petak parkir itu adalah kepunyaannya.

“Then bila dah sampai, dia pintas myvi tu & terus masuk parking & keluar kereta like nothing happens”

Sebagai warganegara Malaysia, menghormati orang lain tidak kiralah statusnya adalah sangat penting untuk diterapkan dalam diri. Kejadian yang berlaku ini boleh dijadikan tauladan kepada semua masyarakat di Malaysia untuk tidak bersikap mementingkan diri sendiri.

Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia, malah telah beberapa kali dilaporkan di dalam media sosial. Namun, harus disedari bahawa perbuatan cop parkir merupakan kesalahan menurut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penalti lebih RM2,000 atau sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Sumber: Shafika

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra