Siakap Keli

“Asalkan Niat Betul, Tuhan Akan Balas Jasa Kita..” Ada Yang Dakwa Sindiket, Netizen Minta Ikhlaskan Sahaja Pemberian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Di usia emas, di mana warga tua seharusnya menghabiskan sisa masa dengan penuh ketenangan, masih ada di antara mereka yang terpaksa mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

Apatah lagi tatkala kita melihat mereka mengunakan segala kudrat untuk mencari rezeki di jalanan atau meniaga di kaki lima. Hati siapa sahaja yang tak terusik, minda terus laju terfikir tentang nasib ibu bapa kita.

Namun kita sebagai manusia tidak boleh terus menjatuhkan hukum sebelum tahu hujung pangkal cerita. Mungkin ada di antara mereka yang sememangnya lebih suka untuk keluar mencari rezeki, tidak betah duduk di rumah.

Tular di laman media sosial tentang satu ciapan yang dimuatnaik oleh Zulhafiz. Menurutnya, dia ternampak seorang pakcik yang sedang mengira duit di sebuah stesen minyak. Dikatakan bahawa pakcik itu juga ada menjual keropok di situ.

Justeru, ciapan terbabit mendapat banyak respon dan reaksi dari warga net yang rata-rata berasa simpati dengan keadaan warga emas itu.

Tiada terkecuali ada di antara mereka yang menimbulkan keraguan lalu mendakwa aktivti jualan seperti itu adalah untuk meraih perhatian dan ia dijalankan oleh satu sindiket.

Namun perkara itu dinafikan oleh salah seorang pengguna twitter yang menjelaskan bahawa dia pernah membeli keropok dari pakcik tersebut. Tambahnya lagi pakcik berkenaan merupakan penduduk sekitar kawasan itu.

Malah perkara itu juga di sokong oleh ramai pengguna twitter dan ada yang mengatakan mereka juga pernah membeli daripadanya.

Tidak ketinggalan ada juga yang meminta supaya mengikhlaskan sahaja setiap pemberian yang pernah diberikan.

Asalkan niat kita betul, Tuhan akan balas jasa kita, Insyallah

Sedekah dalam beli, boleh bayar lebih, Nanti Allah bagi lebih lagi kat kita

Rasa macam nak cari pakcik ni lepastu sedekah banyak-banyak

Sumber: Zulhafiz

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.