Siakap Keli

Main Kira-Kira Je Pun, Mydin Nak Belanja Korang Kereta Dan Motor Kalau Korang Pandai Sangat Mengira

Seperti semua tahu, Pasar Raya MYDIN sudah 62 tahun bertapak di Malaysia dan semakin hari semakin disenangi masyarakat. Sentiasa memberikan harga-harga terlajak murah untuk barangan keperluan harian seperti ikan, ayam, barangan elektrik, produk kecantikan dan juga produk kesihatan.

Sempena ulang tahun MYDIN yang ke 62 tahun, MYDIN dengan kerjasama MAMEE ingin memberikan penghargaan untuk pelanggan-pelanggan setia mereka yang tak putus-putus menyokong dua jenama besar di negara ini. MYDIN dan MAMEE menganjurkan peraduan Kira dan Menang untuk korang sertai dan rebut hadiah bernilai sehingga RM125,000 termasuk sebuah kereta Proton Persona sebagai hadiah utama.

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini mudah sahaja:

  1. Beli produk MAMEE bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana Pasar Raya MYDIN yang turut serta dalam tempoh peraduan dari 28 Ogos sehingga 13 Oktober 2019.
  2. 1 resit hanya layak untuk 1 penyertaan Whatsapp. Untuk setiap pembelian RM15 ke atas untuk produk MAMEE dalam satu resit, peserta akan diberikan satu penyertaan secara automatik.
  3. Kira bilangan produk MAMEE dalam logo ulang tahun MYDIN ke-62 pada banner peraduan.

4. Hantar butiran berikut melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 017-887 1383:

  • Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal
  • Jawapan bilangan produk MAMEE
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nama penuh seperti Kad Pengenalan

5. Simpan resit bercetak asal yang bertarikh dalam tempoh peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan yang dihantar melalui                     Whatsapp dan pembungkus produk MAMEE yang sepadan sebagai bukti pembelian.

6.Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan Whatsapp yang peserta mahukan tetapi perlu disertakan dengan butiran                 yang lengkap dan resit tunggal yang berlainan bagi setiap penyertaan.

Pelbagai hadiah-hadiah menarik menanti peserta bertuah seperti baucar RM100 MYDIN untuk 60 peserta bertuah setiap minggu, Baucar percutian bernilai RM1,500 untuk 3 pemenang dan hadiah pertama sebuah motosikal Modenas V15 menanti 2 pemenang bertuah. Hadiah utama yang menanti untuk 2 pemenang paling bertuah ialah sebuah Proton Persona Executive CVT setiap seorang.

Jadi tunggu apa lagi, jom serbu Pasar Raya MYDIN yang mengambil bahagian, borong semua produk MAMEE yang ada dan hantar penyertaan korang melalui Whatsapp seberapa banyak yang korang mahu. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mydin.com.my

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)