Sebentar tadi heboh di laman sosial tentang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kembali mengaktifkan akaun Twitter miliknya.
Tindakan baginda itu ternyata mengubat rindu di kalangan warga maya yang seterusnya mencetuskan fenomena apabila tanda palang #OurQueen dan #Tuanku mula trending di twitter.
Pada jam 9 pagi tadi, pengikut Twitter atas nama @cheminahsayang hanya sekitar 5,000 orang namun sekelip mata jumlah berkenaan bertambah. Semakan terkini kami mendapati bahawa pengikut baginda di laman twitter sudah mencecah 37,000 orang.
Netizen di di laman twitter lantas menzahirkan rasa syukur dan gembira atas ‘kepulangan kembali’ Permaisuri Agong kesayangan ramai ini.
Selamat kembali Tuanku, Sesungguhnya kami amat merindui Tunaku
Semoga Allah sentiasa merahmati Tuanku sekeluarga
Sehari Tak tengok tweet Tuanku rasa tak lengkap, Semoga Tuanku sihat, ceria dan happy go lucky
Daulat Tuanku, kita semua rakyat Malaysia support Agong dan Permairusri Agong, apa jua yang banginda lakukan untuk kita semua rakyat Malaysia.
Patik semua mohon agar janganlah Tuanku deactivate twitter lagi, kerana tidak semua rakyat jelata dapat bermesra dan bersua muka, hanya disinilah kami berkumpul merawat duka
Kita ni sayang memang sayang sangat kat Raja Permaisuri Agong Kita Ni
Baiknya hati Tuanku, Semoga Allah SWT merahmati Tuanku berdua dan berikan kesihatan yang baik
kSumber: Twitter