Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Dan sudah tentu ketika impian itu menjadi realiti, rasa ingin melonjak meluahkan syukur dan gembira dengan pemberian Ilahi.
Malah sepanjang proses kehamilan itu, setiap saat terasa begitu berharga sambil menantikan hari kelahiran anak tercinta.
Menurut kajian, seramai 50% ke 90% wanita mengandung akan mengalami simptom “mengidam”. Pada kebiasaannya, wanita akan mempunyai ‘spesifikasi’ makanan atau keinginan yang harus dikabulkan oleh pasangan mereka.
Mungkin ramai dikalangan ibu hamil yang selalu mengidam untuk memakan sesuatu yang luar dari kebiasan namun lain pula terjadi kepada seorang ibu muda ini.
Tak sangka video yang dimuatnaik oeleh suaminya itu tular di media sosial. Fahani juga mendakwa bahawa sebelum ini dia meminta kepada suaminya untyuk bawa lori dan bulldozer.
Menurut Fahani, suaminya itu merupakan rider untuk Grab Food secara sambilan. Ketika dia merayu untuk membawa motor suaminya itu, dia diberi syarat oleh suaminya untuk mengambil satu order sahaja dari pelanggan.
Video yang mendapat lebih dari 15k ulang tanda suka dan 23k ulang kicau itu mengundang tawa netizen yang rata-rata berkongsikan pengalaman tentang mengidam.






Sumber: Haikal Mazlan