Siakap Keli
Kredit: PERKIS/ Love Your Clothes

(Gambar)”Seluar Dalam, Coli Buruk, Kasut Koyak” NGO Kesal Orang Ramai Derma ‘Sampah’ Untuk Kebajikan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedekah mempunyai adab-adab yang tersendiri antaranya berniat ikhlas, mengutamakan sedekah wajib (zakat), bersedekah dengan harta yang halal dan tidak menyakiti hati penerima.

Keikhlasan dalam bersedekah boleh dimanifestasi melalui pemberian barangan yang baik kepada penerima. Namun, ada segelintir golongan yang ‘bersedekah’ bukan untuk menyumbang, tetapi lebih tepat untuk melupuskan barangan yang tidak diingini bak kata wakil NGO amal PERKIS,

“Kebanyakan orang yang menyumbang merasa mereka ingin berbuat kebajikan dan bersedekah… sedangkan hakikatnya mereka men’derma’kan sampah-sampah yang mereka sendiri tidak mahu..”

Ini bukanlah pertama kali NGO amal di Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang sanggup mendermakan pakaian buruk seolah-olah penerima tidak mempunyai hati dan perasaan. Hal ini pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Apakah nilai seluar dalam busuk, stoking busuk, baju koyak, beg-beg buruk ini kepada penderma ini agaknya. Jika barangan ini tiada nilai, kenapa agaknya mereka ber’sedekah’ benda-benda macam ni.

Kami NGO menyumbangkan masa untuk membantu dengan nilai yang berharga kepada yang memerlukan. Dan amatlah membazir masa kami terpaksa pula membuangkan benda-benda yang sepatutnya di buang sendiri oleh penderma seperti ini.

Cuba bayangkan jika kami memberi sumbangan seluar dalam busuk kepada penerima.. agaknya mereka nak terima ke?

PERKIS Melaka berharap penyumbang memberikan sumbangan yang ikhlas dan sesuatu yang bermanfaat.

Berhentilah daripada memberi sumbangan seperti..

  • seluar dalam busuk dan buruk
  • coli buruk dan koyak
  • singlet dan baju dalam buruk
  • baju buruk dan koyak
  • seluar buruk dan koyak
  • stokin busuk dan koyak
  • kasut koyak dan buruk
  • beg buruk dan koyak
  • barangan kaca

Barangan seperti ini boleh lah anda buang sendiri ke dalam tong sampah di rumah anda.

Sumbangan yang kami boleh manfaat kan merupakan barangan yang boleh di kitar semula dan di jual untuk mendapatkan dana untuk membantu yang memerlukan contohnya;

  • kertas dan kotak
  • plastik
  • besi buruk dan karat
  • aluminium
  • basikal lama
  • barangan elektrik rosak

Semoga tujuan dan niat penderma mendapat pahala dan keberkatan dari Allah.
Janganlah berderma seperti Qabil yang berkorban benda-benda busuk dan buruk yang jelas menunjukkan ia satu derma yang sebenarnya tidak ikhlas..

InsyaAllah.

Pesanan ikhlas daripada PERKIS Melaka

Kredit: PERKIS Melaka
Kredit: PERKIS Melaka
Kredit: PERKIS Melaka

Sumber: PERKIS Melaka

Amira

Love yourself.