Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Aku Dah ‘Give-up’, Berniaga Penat-Penat Tapi Sale Sendu Nak Mam***, Tolonglah, Aku Nak Ubah Hidup”

“Aku rasa aku tak boleh buat…”
“Aku rasa aku tak yakin… tak konfiden”
“Aku rasa aku tak mampu…”
“Aku rasa aku nak ubah hidup tapi…”

Pernah tak terdetik persoalan-persoalan macam ni dibenak hati korang? Nak buat apa-apa pun jadi tersekat sebab dihantui pertanyaan demi pertanyaan.

“Aku dah ‘give-up’, berniaga penat-penat tapi sale sendu nak mam***, tolonglah, aku nak ubah hidup”

Lagi-lagi kalau jalankan bisnes sendiri. Bila tengok orang lain follower ribu-ribu, orang pm nak beli barang berderet-deret. Kita? Habuk pun tak nampak.

via GIPHY

Diri dah mula rasa nak buat gerakan gerila. Serang secara besar-besaran,  tapi tiba-tiba muncul persoalan, “Boleh ke aku ni? Sekali buat-buat tak jadi apa.”

Pedihnya. Sakit dada ni.

Nak ubah hidup semuanya kena bermula dengan niat. Niat nak jadi lebih baik atau tidak baik. Kita nak yang mana?

Untuk membuat perubahan, kita mesti berusaha mengubah sifat.

  • Nak berjaya mesti ada sifat yang telah ditentukan terhadapnya.
  • Untuk gagal juga mesti ada sifat yang membawa kepada kegagalan.

30 Ogos lalu seramai lebih 12,000 peserta yang kesemuanya ingin BERUBAH menghadiri program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd dimana masing-masing mempunyai misi dan visi untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Ramai gulung tikar dan muflis.

Objektif program ini digarap apabila pengasasnya Dr Azizan Osman sedar ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan.

Masalah itu terasa dekat dengan dirinya kerana kegagalan beliau dalam bisnes sehingga pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya menjadi titik tolak kepada penganjuran program ini.

Tekad tak nak lihat kegagalan.

Sejak itu, beliau berjanji untuk membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dan tekad tidak mahu melihat lagi lebih ramai usahawan menanggung kegagalan.

Usahanya terbukti berhasil apabila semakin hari semakin ramai peserta program dibawah kelolaan RichWorks yang berjaya menghasilkan jualan jutaan ringgit seperti jenama terkenal Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Assadok dan ramai lagi.

 Tahun ini, Program Nak Ubah Hidup dijalankan seiring dengan sambutan Hari Kemerdekaan bertepatan dengan objektif penganjuran yang ingin memerdekaan setiap peserta daripada dibelenggu hutang dan masalah ekonomi serta mahu berhijrah daripada keadaan hidup ala kadar kepada yang luar biasa tahap kehidupannya dan kewangan terutamanya.

Kalau bukan usahawan boleh ke join program ni?

Jawapannya, boleh.

Program Nak Ubah Hidup ini bukan hanya memfokuskan kaedah berniaga yang baik, tapi rata-rata yang hadir termasuk selebriti datang ke sana hanya dengan satu matlamat, NAK UBAH HIDUP.

Bangkit demi kelangsungan hidup luar biasa.

Peluang macam ni bukannya datang berkali-kali. Korang boleh lihat dan baca ribuan komen-komen positif daripada setiap peserta yang hadir ke Program Nak Ubah Hidup Azizan Osman di Facebook rasmi mereka.

Semua berpuas hati dan tak sabar nak ubah diri jadi lebih baik. Tiada siapa yang boleh buat kita berjaya melainkan diri kita sendiri, dan program ini akan membuka jalan bagaimana korang nak level up diri, kehidupan dan keluarga dengan cara yang sebenar.

Tentunya itulah impian setiap insan disamping tidak meninggalkan akhiratnya.

Pendaftaran Program Nak Ubah Hidup 2020 telah pun dibuka. Jangan lepaskan peluang ini dan jadi sebahagian daripada mereka yang berjaya.

Jadikan permulaan tahun 2020 sebagai titik kejayaan korang.

Nak Ubah Hidup, Kuasai Potensi Diri

Info lanjut :

Website Nak Ubah Hidup

Emel : [email protected]

Hotline : 1300882424

FB Azizan Osman

IG Azizan Osman

Youtube Azizan Osman

Nur Farra