Siakap Keli

”Mungkin Mata Mereka Dihijab,” Netizen Bengang Segelintir Individu Tak Sensitif Golongan Memerlukan

Bagi warga kota, pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan sebagainya menjadi medium pengangkutan pilihan bagi menjimatkan masa daripada berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Namun, kemudahan yang disediakan di dalam pengangkutan awam untuk golongan yang memerlukan kadang-kala disalah-guna oleh pengguna lain dengan sikap mementingkan diri mereka.

Terbaru, seperti yang dikongsikan oleh Rapid KL, sekeping gambar menunjukkan dua orang individu membiarkan seorang wanita mengandung berdiri di tepi mereka. Sedangkan, secara jelas papan tanda untuk memberikan keutamaan kepada golongan ini sudah pun terpampang di dinding.

Inilah sisi kemanusiaan yang semakin pudar.

Apakah harapan anda setelah baru sahaja berlalu Hari Malaysia semalam?

Ingin kami maklumkan kepada semua, ada penumpang prihatin yang memberikan wanita itu kerusi kosong, selang beberapa stesen.

Terima kasih Liyana atas perkongsian gambar ini.

#rapidkldogood #rapidkl

Perkongsian daripada Rapid KL turut mendapat perhatian rat-rata netizen yang melahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang tiada rasa bertolak ansur

Malah, ada individu yang berkongsi pengalaman bagaimana dia tidak dapat menikmati kemudahan tersebut walaupun ketika itu dia sedang hamil.

Ini lah kisah yang sebenarnya berlaku

Mereka berdua tu mengandung agaknya

Saya warga emas pun kena semalam

 

Sumber : Rapid KL

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra